Senin, 29 Februari 2016

Kalimah La ilaha illAlah Maha Agong, Maha Tinggi, Maha Mulia

Kalimah La ilaha illAlah Maha Agong, Maha Tinggi, Maha Mulia
=================================================
Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan berharga buat kami 
untuk sama-sama berkampung di Madrasah Akademi Darul Syahadah 
untuk mendengar santapan rohani dari mursyid kesayangan, 
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim.

Kali ini Sheikh berkongsi ilmu berharga- sambungan tentang 13 musuh-musuh Allah. Mengenal dan tahu akan adanya 13 musuh adalah suatu ilmu. 
Membezakan diantara 13 musuh itu adalah suatu ilmu yang lain. 
Kemudian, 
setelah kita mengenal dan boleh membezakan,
 baru kita tahu ‘senjata’ apa yang paling efektif 
untuk menumpaskan musuh-musuh itu. 

Wallahi sungguh besar hikmah ilmu ini bagi yang ikhlas mencari. 
Ketahuilah musuh musuh Allah itu tidak mempunyai haul dan qudrah 
untuk menyesatkan kita melainkan dengan bisik-bisik nya yang halus.

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh 
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat 
kepada Rabb mereka. 

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu 
hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, 
dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya 
melakukan syirik kepada Allah.
(An Nahl 99-100)

Sudah arifkah kita mengenal bisikan ini?

Apakah sebenar-benar amalan 
yang boleh meningkatkan iman dan menggugurkan syirik?

FIKIR!

Berpesan Sheikh lagi dengan penuh hikmah,
 agar kami sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu La ilaha ilAllah, 
kerana kesemua Guru-Guru Mulia kami mempunyai khazanah lautan ilmu yang tinggi -tetapi boleh bersabar untuk mengtarbiah kami yang ibarat kanak-kanak tadika . 

Bersabarlah dalam menuntut ilmu 
kerana Allah bersama-sama-sama orang yang sabar 
(QS 2:153)
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Semoga Allah sampaikan kami lagi ke majlis ilmu berikutnya.
-Madrasah Akademi Darul Syahadah, 27 & 28 Februari 2016

Tidak ada komentar:

Posting Komentar