Minggu, 21 Februari 2016

(Salam Diri Sebenar Diri).

Kefahaman Mengenai Penyaksian 
Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Dua Kalimah Syahadah, 
Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat.

Bagi mereka-mereka 
yang sudah mengenal Diri dan mengenal Allah, 
tidak ada lagi perkara saksi, 
perkara bersaksi atau perkara menyaksi.

Diri kita, 
adalah sifat yang bersifat dengan sifat lebur, 
sifat binasa dan sifat tidak ada. 

Bilamana segalanya sudah lebur, 
sudah binasa dan sudah fana, 
apakah lagi yang tersisa atau tertinggal pada kita. 

Setelah tidak ada lagi yang tersisa, 
tidak ada yang tertingggal, 
apa lagi dan siapa lagi 
yang hendak menyaksi atau bersaksi ?.

(Salam Diri Sebenar Diri).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar