| MANUSIA PADA PANDANGAN HAKIKAT
Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :
a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
b. Manusia itu menanggung Amanah Allah.
c. Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH.
d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
e. Manusia itu adalah keterpaduan DUA MUHAMMAD menjadi satu.
f. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.
PECAHAN MANUSIA
Manusia itu terdiri dari dua perkara. Ianya terdiri dari BENDA dan BUKAN BENDA
( Immaterial )
Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau ZAHIRnya.
Yg dikatakan BUKAN BENDA ialah BATINnya yaitu NYAWA atau RUHNYA.
Ilmu Hakikat mengatakan bahwa manusia itu terdiri dari DUA MUHAMMAD.
Knapa pula dipanggil MUHAMMAD ?
Ada dua sebab.
Pertama manusia itu dicipta oleh Allah mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri.
MIM pertama ialah kepalanya,
HA pula tangannya,
MIM kedua pula pusatnya dan
DAL merupakan kakinya.
( Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri
krena tangannya hanya ada satu )
Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yg melengkapkannya
menjadi Insan Yg Sempurna.
Kedua ialah krna Ruh Manusia itu yaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG
yaitu Sifat Allah Yg Agung NUR MUHAMMAD yaitu Nabi kita Muhammad.
( Rujuk Hadist )
MUHAMMAD ZAHIR / MUHAMMAD AKHIR
Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir yaitu
Batang Tubuh atau Jasadnya yg zahir yg dpat dilihat dgan mata kepala.
Tubuh atau Jasad ini disebut sbagai MANUSIA SEMENTARA YANG ZAHIR.
Ianya jga dirujuk sebagai ADAM.
Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota.
Anggota atau organ2 ini juga bisa dibagi dua yaitu anggota luar badan
dan anggota dalam badannya.
Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul
yg halus halus dan seni.
MUHAMMAD BATIN / MUHAMMAD AWAL
Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal yaitu Nyawanya.
Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara,
Pertamadisebut sebagai RUH dan yg kedua ialah yg disebut sebagai
DIRI RAHSIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI manusia itu.
RUHANI/RUH
Yang dikatakan RUH itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya
yg terdiri dari Balutan2..
Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya
karena nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya.
Hal begini dikatakan GHAIB.
Ada pelbagai nama yg digunakan didalam Ilmu Hakikat untuk merujuk
apa yg dikatakan RUH itu.
Ada yg memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah,
Ruhani, Al-Latifah Rabbaniah dan lain lain lagi.
Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung.
Ruhanilah yg menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi.
Ruhani jugalah yg menyampaikan HAK ALLAH kepada Jasad yaitu
Sifat Sifat MaaniNYA yang tujuh itu.
Jadi Ruhani jga dirujuk sbagai RASUL .
Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.
DIRI HAKIKI
Begitu jga halnya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu.
Banyak namanya.
Ada yg merujuknya sebagai Diri Rahsia,
Diri Yang Sebenarnya Diri,
Diri Tajalli,
Tiflul Maani dan lain lain.
Allah pula merujuknya didalam Al-Quran sebagai Ruhku yaitu Ruh Al-Qudsi Allah.
Allah SWT juga merujuknya sebagai AKULAH RAHSIANYA didalam Hadith Qudsi
yg telah dinyatakan sebelum ini.
Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yg memilikki Sifat Sifat Allah Yang Agung.
Dialah yg merupakan SUMBER MAHA HIDUP yg menghidupkan NYAWA
atau Ruhani manusia itu yg seterusnya menghidupkan sel sel anggota anggota Jasad
hingga ianya boleh berfungsi seperti yg dikehendakki oleh Penciptanya.
BALUTAN-BALUTAN CAHAYA
Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yg mengetahui sepenuhnya.
Oleh karena itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dgan pelbagai balutan
agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya
dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.
Butirannya adalah sbgai brikut :
a. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT
dan ia dikenali sebagai RUH AL- QUDSI
b. Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT
dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI
c. Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT
dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI
d. Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI
dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.
Seperti anggota anggota Jasad juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini
merupakan Zat Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah.
Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri.
TEMPAT RUH DI DALAM BADAN
Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh Ruh diatas
didalam Jasad manusia adalah seperti berikut :
a. Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging
b. Ruh Ruhani Didalam jantung manusia itu
c. Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin yaitu satu bahagian khusus
di-jantung manusia itu
d. Ruh Al-Qudsi Didalam RASA
RUH RUH yg merupakan Balutan Balutannya itulah yg dirujuk
sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu dan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk
sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yg oleh Allah dirujuknya
sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH sendiri.
Maka inilah yg dirujuk oleh Allah didalam Al-Quran :
Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad
maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.
DIRI inilah yg diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadist :
Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu
Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini
maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT.
Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah
[ Shahibul Karib ]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar