Sabtu, 20 Februari 2016

MATIKAN DIRIMU SEBELUM MATI

MATIKAN DIRIMU SEBELUM MATI.

‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’.

Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, 
tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, 
hanya Allah jua yang berkuasa, 
kamudian dimusyahadahkan didalam hati 
dengan menyaksikan kebesaran iaitu 
sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. 

Maka mati diri sebelum mati itu ialah 
dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu 
tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.

Ditarikkan ‘nafas’ itu 
dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita 
kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah 
yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir 
kepada wujud kita yang bathin (Ruh). 
Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim. 

Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ 
hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu 
‘mematikan diri peringkat kedua’ 
yang dinamakan mati maknawi, iaitu 
hilang segala sesuatu didalam hatimu 
malainkan hanya berhadap pada Allah jua. 

Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu 
antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu 
dalam kepala kita 
hingga hilang segala ingatan pada yang lain 
melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.

‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah 
mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri 
kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu 
dengan kekuatan sendiri 
sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. 

Dinaikkan ‘tanafas’ 
hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ 
dengan melihat pada matahati itu dari Allah, 
dengan Allah dan untuk Allah.

Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, 
dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, 
dari al-hayat mengerakkan Nafas, 
dari nafas mengerakkan Jasad dan 
pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. 

Pada pandangan dzahir perbuatan hamba 
tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.

 Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) 
dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,

“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad 
ketika engkau melontar 
tetapi Allah yang melontar………” .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar