HUKUM .
Makna Hukum ialah :
Meng-isbat-kan ( mengakui, membenarkan, menetapkan )
sesuatu perkara bagi sesuatu perkara @ menafikan suatu perkara dari sesuatu perkara. "
Maka,
hukum ini adakalanya pada masaalah ISBAT dan adakalanya pada masaalah NAFI.
Contohnya ;
Pada masaalah isbat kita berkata,
" Allah itu Qadim " yakni kita isbatkan iaitu
membenarkan, mengakui dan menetapkan Allah itu qadim yakni
qadim itu perkara bagi Allah.
Pada masaalah nafi kita berkata pula,
" Allah itu tidak baharu " yakni menafikan baharu bagi Allah.
Maka,
kita membenarkan Qadim bagi Allah
dan menafikan baharu pada Allah itu adalah HUKUM namanya.
AL HAKIM ( YANG MENETAPKAN HUKUM ).
Al Hakim itu ada 3 :-
Iaitu, Syarak , Adat dan Akal.
Maka hukum itu 3 bahagi ditinjau dari segi hakimnya ;-
Hukum Syarak , Hukum Adat , Hukum Akal.
____________________________________
Tidak ada komentar:
Posting Komentar