HUKUM SYARAK ialah
hukum yang datang dari Allah Taala diturunkan pada rasulNya
sebagai syariat bagi rasulNya serta kaumnya atau umatnya,
seperti kita berkata :
" Solat 5 waktu itu adalah fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf. "
Atau,
" Solat 5 waktu itu tidak wajib bagi kanak-kanak "
Huraian :-
Hukum Syarak berarti tuntutan olih Allah yang bersangkutan dengan
perbuatan mukallaf yakni org yg telah baligh, berakal dan sejahtera pancaindera
dengan tuntutan berbuat sesuatu atau izin berbuat sesuatu
atau menerangkan hantaran bagi tuntutan @ izin tersebut.
Maka, tuntutan berbuat itu 2 perkara :
Wajib dan Sunat
Tuntutan meninggalkan juga 2 perkara :
Haram dan Makruh
Dan ada yang diberi pilih dinamakan Harus.
Ini dikatakan Hukum Syarak yang Taklifiah.
Namun ada lagi yg perlu kita ketahui juga Hukum Syarak yang disebutkan,
HUKUM WADZAIAH.
Hukum Wadzaiah juga ada 5 perkara iaitu :
Syarat , Mani' , Sebab , Sah @ Sahih , Batal .
1. Syarat artinya barang yg mesti (lazim) dengan tidak adanya syarat itu
tidak ada hukum , tetapi tidak mesti dengan ada syarat itu ada hukum.
Ini dengan semata-mata menilik hubungan antara syarat dan hukum itu seperti :
Adanya haul ( cukup setahun ) bagi wajib zakat.
Kerana jika sudah cukup nisab pun jika tidak ada cukup haul
maka belum wajib hukumnya.
Kerana bolih jadi wajib zakat @ tidak wajib zakat itu dengan sebab
tidak cukup syarat syarat yang lain seperti disini haul dan nisab.
Haul dan nisab itu disebut SYARAT
sedangkan ZAKAT itu pula disebutkan MASYRUT yakni yang punya syarat.
Kesimpulannya,
Dengan tidak ada syarat sudah pasti tidak ada masyrut,
tetapi dengan ada syarat belum tentu ada masyrut,
bolih jadi ada bolih jadi tak ada masyrut.
Makna Mani' adalah kebalikan bagi Syarat iaitu :
Perkara yg mesti (lazim) dengan ada mani' tidak ada hukum itu.
Tetapi.........
Maaf ...ini serba sedikit, selebihnya kena pi ngaji fekah la....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar