Senin, 08 Februari 2016

HUKUM AKAL

HUKUM AKAL IAITU 
HUKUM YANG DITETAPKAN MENURUT PENDAPAT AKAL SEMATA MATA.

Hukum Akal ini pula terbahagi pada 3 bahagian iaitu :
Wajib Mustahil Harus

Hukum Akal ialah mensabitkan suatu perkara bagi sesuatu @ menafikan nya dari sesuatu, yg disabitkan tidak berdasarkan dengan sesuatu yg berulang-ulang perkara itu 
(hukum adat) dan tidak pula berdasarkan ketetapan olih satu pihak 
yg menetapkan (hukum adat) .

Jadi hukum akal itu semata-mata didapati dengan akal dan ianya qadim 
dan inilah satu satunya hukum yg qadim ( atau hakikatnya mmg begitu ) .

Hukum adat sejak alam dijadikan 
dan hukum syarak sejak manusia turun kebumi dan 
berubah mengikut risalah rasul yg membawanya.

BAHAGIAN HUKUM AKAL .
Hukum Akal itu tersimpan kpd 3 bahagian dan tidak ada yg ke4 atau lebih.
Wajib pada akal.
Mustahil pada akal.
Harus pada akal.

Makna wajib pada akal iaitu : 
" ma la yatasawwaru filaqli "adamuhu "
" suatu yang tidak diterima akal akan tiadanya "

Ada juga yang kata suatu yg tidak terupa @ tergambar pada akal akan tiadanya. 
( sama saja maknanya )

Makna Mustahil pada akal, 
" ma la yatasawwaru filaqli wujuduhu "
" perkara yang tidak diterima akal adanya "

Atau tidak terupa @ tergambar pada akal akan adanya . 
Ada juga yg kata dengan perkataan akal kata 'bohong'.....
mana mana pun sama je, bagi faham maksudnya , 
tak payah bertelagah sapa yg betul dan siapa yg lebih tetap, 
sebab tak datang manafaat 
malah mukg membawa kpd mempekecilkan kefahaman org lain.

Janji hampa faham dan jangan salah faham dah..
Wallahuaqlam.

Makna Harus pada akal ialah, 
" ma yasihhu filaqli wujuduhu wa 'adamuhu "
" perkara yg diterima akal akan adanya atau tiadanya pada suatu ketika 
dan ketika yang lain.

Dan mengetahui akan HUKUM AKAL ini adalah 
perkara pokok dalam perbahasan ilmu tauhid.

Note : 
wajib n harus pada bab ilmu tauhid ini 
tidak sama dengan yang dalam ilmu fekah.
Maka kita kena tahu cara pemakaian perkataan ini.

Pada Hukum Syarak dan Hukum Akal.
Jika pada hukum syarak kita gunakan perkataan atas 
( 'ala yakni huruf 'ain lam ) spt contoh wajib atas mukallaf.

Pada Hukum Akal pula kita kata dgn perkataan BAGI 
( huruf lam baris bawah, yakni 'li' )
 atauwa kita kita kata PADA ( fi iaitu fa ya ) .

Sekian. Assalamualaikum.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar