Rabu, 03 Februari 2016

JALAN PULANG

JALAN PULANG

Kaedah ini adalah melangkah kepada yang paling dekat dari dirinya, iaitu 
Yang Maha Dekat, Allah, dan jalan ini adalah yang berpandukan Al Quran. 

Di dalam Al Quran Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah.
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. 
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, 
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) 
dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, 
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia 
dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya 
dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” (QS. Al Qaaf: 16)

Ayat-ayat di atas, 
mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, 
dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. 
Al Quran mengungkapkan jawapan secara jelas 
dan dilihat dari keseluruh disisi pandangan manusia sesempurnanya.

Saat pertanyaan itu terlontar, di manakah Allah ?

Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, 
kemudian jawapan meningkat sampai kepada, 
Aku lebih dekat dari urat leher kalian. 
Atau di mana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…
dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu .

Di dalam Islam 
memulakan perjalanan dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu, 
iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), … 
kemudian kita diperintah langsung mendekati-Nya, 
kerana Allah sudah sangat dekat, 
tidak perlu anda mencari jauh-jauh 
melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan, 
alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat.

Tidak perlu kita memikirkannya, 
cukup dengan jiwa mendekat secara langsung kepada Allah, 
kerana orang yang telah berjumpa alam-alam 
belum tentu ia tunduk kepada Allah,
kerana alam di sana tidak ada bezanya 
dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya.

Akan tetapi 
jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, 
maka secara automatik anda akan diperlihatkan dan dipersaksikan 
kepada kerajaan Tuhan yang amat luas. 

Maka perjalanan kedua iaitu, 
barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya, 
adalah perjalanan yang lebih selamat. 
Sebab kalau kita kenal dengan pencipta-Nya, 
maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan alam-alam di bawahnya, 
kerana semua berada dalam genggaman-Nya, 
kerana Dia meliputi segala sesuatu, 
kerana Dia ada di mana saja kita ada, 
dan Dia sangat dekat.

Islam mengajarkan di dalam mencari Tuhan, 
telah diberi jalan yang termudah dengan dalil 
barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya, 
hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, 
atau dengan dalil: 
…barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, 
pasti kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami… (QS: Al ankabut: 69 )

“Wahai orang-orang yang beriman 
jika kamu bertakwa kepada Allah 
nescaya dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeza).” (QS : Al Anfaal: 29)

Ayat-ayat ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada Allah 
tidak perlu lagi melalui proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan 
yang di temukan oleh kaum ahli spiritual di luar Islam, 
kerana mereka di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap alam-alam, 
Islam di dalam menemui Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam 
selain Allah dengan semata2 yang wujud.

laa ilaha illallah: tidak ada Tuhan kecuali Allah
laa syai’un illallah: tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah
laa haula wala quwwata illa billah: tidak ada daya dan upaya 
kecuali kekuatan Allah semata .

Maka mulakanlah perjalan 
dengan melangkahlah kepada yang paling dekat 
dari diri kita terlebih dahulu (Allah) 
bukan melangkah dari yang paling jauh dari diri kita (alam-alam).

Satu lagi yang perlu diingat dalam perjalanan menuju Allah, 
jangan mengharapkan sebarang karamah dan kemampuan luar biasa, 
seperti boleh pergi ke Mekah dengan sekelip mata, 
atau boleh berjalan di atas air, 
ini semua adalah hijab yang akan menyekat dan menyesatkan salik 
daripada sampai kepada Allah.

Tetapi keramat yang paling bernilai adalah 
dari serendah-rendah tempat atau dari sehina-hina diri salik 
dapat sampai ke tempat yang paling Tinggi 
atau Diri yang paling mulia di sisi Allah.

Hai jiwa jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhan mu 
dengan redha meredhai 
ketika puting beliong Sakaratul Maut Melanda Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar