Rabu, 03 Februari 2016

PENGHUJUNG ILMU MAKRIFAT.

PENGHUJUNG ILMU MAKRIFAT.

Penghujung Ilmu Makrifat Itu, Adalah ………………….
Ilmu Penamat, Penuntut Dan Penghabisan Segala Ilmu!

Mereka yang berjaya sampai kepada tahap makrifat itu, 
adalah mereka-mereka yang telah mencapai maqam 
atau tingkatan ilmu kerohanian yang tertinggi. 

Tahap atau maqam ilmu makrifat yang tertinggi itu, 
adalah tahap pencapaian atau tahap persingahan ilmu 
pada garis penamat yang penghabisan dan terakhir. 

Inilah yang dikatakan pencarian di penghujuan tujuan kehidupan.

Ucapan, perasaan atau pengakuan qalbu dihujung pencarian itu, adalah 
qalbu yang meluap, pecah dan meletup dengan ucapan 
“la haulawala kuuwatailla billahhilaliyilzim” 
(tiada daya upaya kita, melainkan segalanya dari Allah). 

Perkataan yang lahir dari pandangan qalbu itu, tidak lagi boleh menurut pengertian akal.

 Bilamana pengertian qalbu, 
tidak lagi dapat dibaca oleh akal itu, 
maka lahirlah perkataan “aku tidak ada”. 

Bahasa pengakuan hati atau bahasa pengakuan qalbu yang makrifat 
kepada Allah Taala itu, tidak lagi boleh berdalil, bersandar, 
berpaut atau bergantung lagi pada akal!. 

Segala ikhtiar atau usaha akal kita itu, 
sesungguhnya sudah berakhir, 
binasa dan karam kerana tenggelam dalam lautan makrifat Allah. 
Inilah yang dikatakan penamat, penutup dan ibu segala ilmu!.

Sekiranya Anak Anak menyelam kedalam lautan Ilmu Allah swt 
berbagai mutiara bersinar indah didalam lautan Ilmu Allah Swt 
dipenghujung dasar lautan 
Apa yang Anak Anak dapat???,
jawap Jangan Tak jawap....

Makrifat (mengenal Tuhan) itu, adalah tauhid. 
Tauhid itu, adalah hijrah akal menuju qalbu dalam mengesakan Allah!. 

Hijrah akal menuju qalbu, itulah intipati ilmu makrifatullah. 

Hijrah akal menuju qalbu itu, adalah hijrah jahil kepada alim. 
Hijrah akal kepada perbicaraan qalbu para-para arifin billah itu, 
membawa kita kepada ilmu megesakan Allah (penutup segala ilmu). 

Hijrah akal kepada makam qalbu inilah yang menyebabkan arifin billah 
seperti Dzunnum Al-Misri, Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Halaj dihukum bunuh. 
Tidak kurang pula di tuduh ilmu salah, kafir, sesat dan zindik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar