Rabu, 17 Februari 2016

SAIYIDINA ALI BIN ABU THALIB BERKATA:-

SAIYIDINA ALI BIN ABU THALIB BERKATA:-

"Sesungguhnya yang paling aku takuti ialah mengikut hawa 
nafsu dan panjang angan-angan. Adapun mengikut hawa
nafsu dapat menghambat yang baik dan

kebenaran; dan apa pun panjang angan-angan 
dapat melupakan seseorang itu
ke negeri akhirat.

Ketahuilah, bahawasanya dunia terus berjalan membelakangkan dirinya. 
Ketahuilah, sesungguhnya akhirat terus berjalan datang menghadap.

Dan tiap-tiap dari kedua-duanya mempunyai putera-putera. 
Jadilah kamu dari putera-putera akhirat 
dan jangan jadi kamu dari putera-putera dunia.

Kerana bahawasanya hari ini untuk amal dan bukan hari pembalasan.
Dan besok hari pembalasan dan bukan hari amal."

Demikian gambaran hamba Allah yang sebenarnya, 
yang taqwanya kepada Allah SWT telah sedemikian rupa. 
Cintanya kepada Allah dan seluruh hatinya dan 
tidak mungkin jika hatinya masih terikat 
dan tertambat kepada selain Allah SWT.
Bagi orang yang beginilah ditempatkan sabda Rasulullah SAW:

اَلدَّنْيَا سِحْن’ اْلموْمِنِ, وَجَنَّة’ الْكَافِرِ

Maksudnya:- "Bahawa dunia itu tahanan bagi orang mukminin, 
tetapi syurga bagi orang kafir." _ [Riwayat Sufyan Ats-Tsaury r.a.].

Wallahu'alam _ wasallam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar