| ALLAH itu bersifat Qadim dan kita bersifat hamba.
Namun sebagai hamba, kita diberi sedikit SifatNya
dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, Sama', Basar dan Qidam adalah
7 sifat yang diberi pinjam kepada kita buat sementara waktu.
Untuk menggerakkan kita Allah berikan Qudrat,
tenaga atau upaya, keupayaan untuk kita bergerak sebagai manusia.
Qudrat pula tidak cukup kalau tidak ada Iradat, hasrat atau keinginan,
bila dah boleh bergerak dan ada keinginan,
boleh dan pasang angan angan apa yang nak dimiliki atau ke mana nak dituju.
Ada Qudrat dan Iradat pula masih belum cukup tanpa Ilmu,
maka Allah berikan kita ilmu pengetahuan, iaitu kelebihan untuk kita berfikir.
Bila 3 perkara dah ada, Hayyat perlu ada,
tiada Hayyat bererti kita tak hidup atau bernyawa, perlu ada nyawa.
Dalam menjalankan satu kehidupan,
bila dah ada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, itu baru untuk suatu perbuatan,
masih belum sempurna lagi kehidupan.
Kemudian Allah swt beri kita pinjam, Sama' atau penglihatan untuk melihat apa yg diinginkan. Beri kita Basar atau pendengaran untuk mendengar apa yg diperkatakan kepada kita.
Lepas boleh melihat dan mendengar,
Allah beri kita Qalam, kebolehan untuk berkata kata.
Sebab itu kita boleh bergerak, bercakap, mendengar dan melihat,
barulah sempurna kejadian kita sebagai hambaNya yang dikasihi.
Namun bila diambil balik kesemua itu,
yang tinggal pada kita hanyalah tulang, kulit, darah, daging lendir,
otak dan bulu bulu roma, yang akan reput dan kembali semula ke tanah,
asal kejadian kita.
Wallahu a'lam.
[ SEKADAR RENUNGAN ]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar