Minggu, 13 Maret 2016

KUNCI MAKRIFAT

KUNCI MAKRIFAT

Apakah yang dikatakan kunci makrifat itu, 
pada umumnya sudah tentu kuncinya banyak 
dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu.. 

Salah satu daripadanya ialah …. 
kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka 
daripada makhluk kepada Allah…
banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan seharian…
apa yang mereka lihat hanyalah yang zahir sahaja… 
pandangan mereka tidak tembus 
kepada senario di belakang apa yang kelihatan… 
mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..

Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, 
telah menikmati banyak nikmat yang dianugerahkan 
oleh Yang Maha Pemberi, ..
sudah tentu kenikmatan itu tidak terkirakan…
bagaimanapun bagi memudahkan citra… 
secara umumnya ada tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. 
dan sudah pasti .. 
nanti yang diperolehi daripada yang tiga itu…lebih lagi…..

Pertama: 
anggota jasad mereka yang bermakrifat tenang… 
maksudnya tidak sakit….

Kedua: 
kehidupan mereka aman.. 
iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..
dan yang

Ketiga: 
kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. 
contohnya, syaitan dan jin tidak mengganggu mereka..

Mereka yang bermakrifat adalah 
mereka yang melihat Allah dengan mata hati , iaitu 
merasakan Dzahir nya Allah…

Mereka yang merasakan wujud Allah, …
mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam 
dalam merasakan NYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar