Senin, 14 Maret 2016

DIRI

DIRI.

Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita 
yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah 
Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. 

Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, 
yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. 

Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, 
yang mana diri terdiri dan diri terperi, 
yang mana jiwa dan yang mana raga dan 
yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. 

Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, 
Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, 
Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?

Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, 
tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? 
Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas 
apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.

Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah 
di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, 
tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa 
jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. 

Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. 
Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , 
oleh itu faham lah kita bahawa 
Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.

Tampa Roh Jasad mati umpama kayu yang Reput....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar