Rabu, 09 Maret 2016

PESAN AYAH

PESAN AYAH
Sekiranya Ada Anak Ayah yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, 
janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. 
Jadikan setiap nafas Anak ku Nafas ibadah.

Aduhai Anak Anak Ayah
Setelah Anak ku memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting 
melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. 

Janganlah Anak ku berpaling lagi ke belakang, 
terus sucikan diri Anak ku untuk menghampiri Tuhanmu 
sehingga terbuka cahaya hati Anak ku 
dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. 

Hati Anak ku akan bersinar dengan cahaya makrifat 
dan Anak ku memiliki harta yang amat bernilai, 
harta yang tiada dijual dimaya ini, 
tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, 
harta yang menyebabkan Anak ku sentiasa tenang 
dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. 

Anak ku akan diangkat menjadi kekasihNya 
sehinga segala hajat Anak ku akan dipenuhi, 
Anak ku akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakiti Anak ku 
akan diisytihar perang ke atasnya. 

Tiadalah kejayaan yang hakiki 
melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, 
hati yang terang menatap rahsiaNya, 
hati yang asyik dengan Asma’Nya, 
hati yang fana dengan kewujudan Allah Swt

Tidak ada komentar:

Posting Komentar