Sabtu, 12 Maret 2016

SYARI'AT MUHAMMAD SAW.

Syariat Muhammad s.a.w. adalah 
syariat yang paling indah dan sempurna mengikut fitrah. 
Adakah syariat anda sendiri itu menjamin kejayaan 
selain daripada syariat Muhammad s.a.w? 
Anda mengenal Allah pun berasal dari dalam syariat Muhammad s.a.w, 
kenapa perlu berlaku sombong? 
Salahkah golongan awam yang mengikuti syariat Muhammad s.a.w.? 

Bagaimana kalau kamu yang mengenal Allah 
tidak diperkenalkan oleh Allah 
dan kamu tergolong di kalangan pemahaman orang awam? 

Bolehkah anda terima jika orang menyampaikan kepadamu secara kasar? 
Tidakkah anda rasa bahawa pengenalan yang anda terima itu 
adakalanya istidraj daripada Allah? 

Tidakkah anda mengetahui bahwa
pemahaman manusia berbeza-beza dan bertahap-tahap? 

Meskipun anda menuding jari mengatakan orang itu masih syirik, 
orang ini masih syirik, adakah anda telah dijamin oleh Allah 
untuk tidak lalai kepadaNya supaya anda tidak menjejakkan kaki di sempadan syirik? 

Tidakkah anda mengetahui Muhammad s.a.w. lebih mementingkan syariat? 
Dengan syariat itu ada hukum Allah. 
Dalam hukum Allah itu ada rahsia diri. 
Apa guna pegang rahsia diri tapi memperlekehkan syariat Islam 
yang Muhammad s.a.w. sanggup berperang 
dan berdiri di barisan hadapan? 

Jangan jadi kacang lupakan kulit la brader.. 
meskipun Muhammad itu menyeluruh, 
hanya Muhammad s.a.w. sahaja yang mampu mengubah pemikiran 
sebahagian besar penduduk dunia. 
Dialah Muhammad segala Muhammad yang memperkenalkan Allah 
Tuhan Seluruh Alam. Allahumma solli 'ala Muhammad.

"Berpegang teguhlah kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."

"Masuklah ke dalam agama Islam keseluruhannya."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar