NASIHAT IBLIS KEPADA NABI NUH A.S.
Di antara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun.
Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah S.W.T.,
namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya.
Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah S.W.T.,
bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah S.W.T.
agar ditimpakan bencana kepada mereka.
Allah S.W.T. mengabulkan permohonannya.
Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup.
Allah S.W.T. akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir
yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.
Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh
naik ke atas kapal.
Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal.
Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Aku Iblis,” jawabnya.
Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk
ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu.
Dia boleh hadir di mana saja dia mahu.
Bukan kerana dia makhluk ajaib,
tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.
“Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.
“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu.
Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu.
Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia.
Sejak zaman Adam sampai hari kiamat.
Mengapa harus berbohong lagi,
kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana.
Sebelum Nabi Nuh, Allah S.W.T. juga pernah mengusirnya keluar dari syurga.
Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah S.W.T.
dan terus berusaha menggoda Adam sampai berhasil.
Dia hanya berkata,
“Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya
aku akan boleh mencelakan umat manusia.
Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya.” Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga,
tapi dengar saja dua yang lainnya.
“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu,
tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.
Iblis berkata,
“Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara:
pertama,
dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan
kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka.
Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan
yang terkutuk.
Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga
sehingga dia dikeluarkan.
Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar