Mendapatkan Ketenangan; "Dimanakah kita memiliki ketenangan? Ingatlah
bahawa sesungguhnya hati yang mendapat ketenangan adalah dengan dia
berada didalam majlis yang mengingati Allah سبحانه وتعالى. Ketenangan,
kedamaian, kesentosaan didalam hati sanubarinya ialah berada didalam
majlis ilmu. Ianya juga adalah satu anugerah yang paling hebat, yang
Allah kurniakan. Moga-moga kita sentiasa berasa tamak untuk berada
didalam majlis ilmu ini."
"Ade dua perkara manusia akan sentiasa
berasa tidak kenyang, dan tak akan akan berasa bertambah iaitu, yang
pertama, harta. Dia tidak akan pernah rasa cukup. Kalau dia memiliki
satu lembah emas ataupun satu gunung berlian sekalipon, dia akan merasa
ingin satu lagi lembah emas yang lain ataupun gunung berlian yang kedua
atau lebih."
"Yang kedua, adalah ilmu. Ada satu perasaan tamak
kepada ilmu. Dan ilmu Allah سبحانه وتعالى tidak bertebing, tidak
kehabisan, tidak tercapai oleh manusia, walaupun lautan dunia ini
dijadikan sebagai dakwat dan kemudian ditambah tujuh lautan lagi sebagai
dakwat kemudian seluruh pokok-pokok diatas dunia ini dijadikan sebentuk
pena."
"Lalu, dijadikan semua makhluk Allah سبحانه وتعالى,
daripada manusia, binatang dan jin, untuk menulis kalimah Allah. Yakni
ilmu Allah, maka habislah sampai kering lautan sampai hancur
pokok-pokok, dan tidak akan habis lagi ilmu Allah, kalimah Allah سبحانه
وتعال itu yang dapat ditulis."
"Sehinggakan para alim ulama
menyebut sampai ketika ini, lagi kita masih belum habis lagi, yakni para
ulama mengkaji ayat-ayat Allah ini. Kalimah Allah سبحانه وتعال dari
Al-Quran belum habis dikaji. Dan sehinggakan saintis dunia mengatakan
semakin kami mengkaji alam, dunia ini semakin kami ridak menjumpai titik
noktah ini, kami tidak menjumpai pengakhirannya, satu misteri daripada
Allah سبحانه وتعالى yang masih belum terbongkar."
"Mereka juga
mengkaji mengikut elemen fizik bahawa kita manusia, berada di alam maya.
Dan bukan alam maya itu terbatas kepada internet, televisyen dan juga
radio. Kita juga berada dialam maya, dialam fantasi, ilusi, dialam
fatamorgana. Seorang professor amerika pernah mengatakan; "We live in
the world of ilussion." Yakni kita berada didalam satu komputer yang
besar."
"Yakni, Kita diibaratkan seperti video game. Seolah-olah,
ada yang mengawal kita untuk bermain, seperti permainan ilusi
bayang-bayang. Rasulullah ﷺ mengatakan; "Dan sesungguhnya kehidupan
akhirat itulah kehidupan yang nyata yang hakiki." Dan selama ini kamu
dibuai mimpi dengan kehidupan maya. Akan tetapi, malaikat maut merentap
kamu tiba-tiba, barulah kamu sedar bahawa memang betul-betul kamu di
alam maya."
"Amal ketaatan dan juga kemaksiatan kita adalah
semuanya berpunca daripada hati kita. Maka hendaklah kita membersihkan
hati kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kita mendengar
peringatan daripada para ulama. Seseorang yang mempunyai ilmu tetapi
tidak mempunyai adab maka dia tidak mencapai hakikat ilmu."
"Seseorang yang beramal agama yang beribadah tetapi dalam dirinya tidak
ada adab maka dia adalah orang yang rugi di sisi Allah سبحانه وتعالى.
Nilainya amat kurang di sisi Allah kerana hasil utama natijah daripada
ibadah itu adalah semakin dia beribadah maka semakin dia beradab."
"Semakin dia berakhlak
Bukan semakin dia beribadah semakin dia bertambah komitmentnya dengan
agama maka semakin bertambah kesombongannya kepada manusia. Merasakan
seolah-olah dia lebih baik daripada orang lain.Semakin dia berkomitment
dengan agama semakin dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama
dengan orang-orang yang hina,orang-orang yang miskin."
"Tidak.
Akan tetapi semakin kita berkomitment dengan agama maka semakin kita
tawadhuk. Semakin kita merendah diri. Ini semuanya adalah dapat daripada
Allah سبحانه وتعالى. Kalau bukan kerana dapat taufik daripada Allah
maka kita tidak tahu apa-apa."
"Rasulullah ﷺ bersabda;
"Ketahuilah, Di dalam diri kamu ada seketul daging. Jika ianya baik maka
baiklah keseluruhannya. Dan jika tidak baik maka akan buruk keseluruhan
anggota zahirnya iaitu hati manusia. Manusia apabila melakukan ketaatan
maka ketahuilah ianya adalah berpunca daripada hatinya yang baik.
Hatinya yang taat.Kita dapat melakukan ketaatan kerana hati kita yang
taat kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Kerana apa yang keluar
daripada zahir perbuatan manusia, baik itu lisan ataupun perbuatannya
adalah ianya terbit daripada hati Begitu juga apabila anggota zahir kita
melakukan maksiat. Sebenarnya yang bermaksiat adalah hatinya sebab itu
perlu untuk kita memberi fokus penyucian adalah hatinya."
"Maka
di sini ilmu yang bermanfaat, ilmu tazkiyah keluar, ilmu ihsan keluar,
ilmu adab keluar, ilmu akhlak keluar, ilmu tasawwuf keluar untuk
memperadabkan hati kerana ilmu yang kita pelajari lebih-lebih lagi ilmu
agama ianya hendaklah bersama dengan adab dan akhlak."
"Kerana
seseorang itu yang dinamakan sebagai Ulama seorang yang soleh tetapi
tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila
dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak,
Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Ini tidak dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh."
"Para Ulama dan orang-orang yang soleh apabila berselisih pendapat.
Mereka akan menggunakan adab. Mereka akan menjaga kehormatan orang lain.
Mereka akan menjaga kehormatan maruah orang lain. Kerana itu, jika ilmu
tanpa adab dan akhlak itu, bukanlah hakikat ilmu yang sebenar."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar