Ottoman & Mevlana Jalal-u-ddin Rumi
Rumah Rumi
U T H M A N I Y Y A H • D A N • R U M I.Selain Sultan Muhammad al-Fatih, pembuka Kota Konstantinopel (Istanbul),
Kamal Ataturk (bapa sekular Turki),
Sultan Suleyman yang digelarkan King of The King,
Maulana Jalaluddin ar-Rumi juga antara tokoh paling popular di Turki.
Maulana Rumi merupakan satu nama besar
bukan sahaja dalam ilmu teologi malah juga dalam seni.
Dilahirkan pada 30 September 1207 Masihi,
sangat popular sebagai cendikiawan yang bijak dan futuristik.
Asalnya beliau dilahirkan di Balkh (Afghanistan).
Bapa Maulana Jalaluddin Rumi, Syeikh Bahauddin Walad,
ialah Ulama besar dalam mazhab Hanafi,
sehinggakan digelar Sultanul Ulama (Raja Ulama).
Gelaran ini menimbulkan iri hati dikalangan Ulama lain
sehingga menimbulkan fitnah, jadi Maulana Bahauddin dan keluarganya pun berpindah, masa mula berpindah tu, Maulana Jalaluddin Rumi baru umur 5 tahun.
Pada masa ini juga, seorang Ulama Sufi bernama Maulana Fariduddin Attar
yang jumpa Maulana Jalaluddin Rumi ketika berumur 5 tahun itu
sudah meramalkan yang beliau (Maulana Jalaluddin Rumi)
akan menjadi tokoh spiritual besar,
dan betullah ramalan Maulana Fariduddin Attar itu.
Beberapa kali juga keluarga Maulana Jalaluddin Rumi berpindah,
sehingga kali terakhir di Konya. Raja Konya, Raja Alauddin Kaiqubad,
masa itu tepah melantik Syeikh Bahauddin sebagai penasihat sultan
selain menjadi pemimpin Ugama di situ.
Ketika Syeikh Bahauddin Walad wafat,
Maulana Jalaluddin Rumi berusia 24 tahun.
Do ketika itu kerajaan Uthmaniyyah atau 'Ottoman' belum wujud
dan Konya masih di bawah kerajaannya sendiri.
Kerajaan Uthmaniyyah wujud pada tahun 1299.
Ketika zaman Maulana Jalaluddin Rumi berdakwah ini,
masyarakat masa itu terlalu sedang leka dengan pemikiran logik.
Mereka fikir, "apa yang tidak logik pada akal tak patut diterima",
sedangkan dalam Ugama, "banyak benda ghaib yang kita wajib percaya".
Contohnya Tuhan, Malaikat, Syurga, Neraka, Alam Barzakh, syaitan..
Semua itu ghaib!
Selain itu, tarian/meditasi Sufi juga dicipta oleh Maulana Jalaluddin Rumi.
Saya percaya anda pernah tonton tarian sufi,
yang mana penarinya memakai pakaian serba putih, berkopiah(sikke),
menari dengan cara pusing badan tanpa henti sambil memejamkan mata dan kepala disengetkan sedikit, telapak tangan kanan menghadap ke langit
manakala telapak tangan kiri menghadap ke bumi.
Tarian sufi ini berputar mengikut arah jam, dan dibuat secara terus menerus.
Simbolik kepada putaran alam semesta yang selalu berputar mengikut arahnya sendiri. Tangan kanan dihulur ke atas sebagai tanda bersyukur atas kurniaan Tuhan,
manakala tangan kiri dihulur ke bawah simbolik kepada pemberian rasa kasih sayang sesama manusia.
Dikisahkan asal tarian sufi SEMA ini,
suatu hari, Maulana Jalaluddin Rumi masuk ke bazar
dan terdengar bunyi orang bertukang mengetuk emas,
terngiang-ngiang di telinga Beliau,
ketukan itu seakan-akan berbunyi kalimah "La Ilaha Illa Allah" berulang-ulang,
sehinggakan Beliau termenari.
Jadi, dari sinilah tarian sufi SEMA tercipta.
Maulana JalaluddinRumi banyak mengarang sya'ir,
sajak yang mana tulisannya sangat sarat dengan makna dan penuh sastera sufistik,
dan yang pasti sangat tinggi makna yang tersirat di sebalik bait-baitnya,
Dan sesekali tidak akan dapat difahami dengan logik akal,
lebih-lebih lagi pada yang bukan nelayan dilautan.
Tidak hairanlah sajak Maulana Jalaluddin Rumi,
dan dikumpul dijadikan kitab yang berjudul Mathnawi popular di Amerika Syarikat,
segenap benua Eropah, Asia dan segenap pelusok alamjagat ini
sehingga sekarang dan dikatakan sajak/syair teragung dalam Bahasa Parsi.
Termasuk Fihi ma Fihi.
Dimana pengabdian hamba pada Sang Maha Pencipta
disandarkan pada hakikat kecintaan, cinta, cinta dan cinta.
Di Konya,
Maulana Jalaluddin Rumi menubuhkan sekolahnya dan disitulah Beliau wafat.
Betul-betul di bawah kubah hijau itulah pusara Maulana Jalaludin Rumi.
Jadi, ringkasnya, kawasan muzium ini sebenarnya dipenuhi kubur.
Di situlah beliau dikuburkan bersama-sama pengikutnya.
Sekarang, tempat ini dipanggil "Mevlana Museum",
atau juga Rose Garden sebab tempat ini dipenuhi pokok Bunga Ros yang sangat banyak.
Konya pada masa itu
memang sudah tempat berkumpulnya para Ahli Sufi dan ilmuan Islam.
Saya fikir, jika nak buat perbandingan, umpama Universiti Al-Azhar di Mesir.
RO WAU MIM YA,
'Jadi Pencinta lalu berjaya!'
-Admin
#rumahrumi #sahabatrumi #rowaumimya #kelibatsimawar #citadancinta #homeofmevlanaway #mysticalart #gemasyairrumi #mathnawi #mysticalindustry #mevlanaart

Tidak ada komentar:
Posting Komentar