Kamis, 26 Mei 2016

Jatuh Cinta Dengan Allah

Jatuh Cinta Dengan Allah (Allaha Asik Olun)
FALL IN LOVE WITH ALLAH
Maulana Sheikh Nazim Qubrusi Al-Haqqani,
Sohbat pada 13hb Januari 1983.


Hz [Abdul Khaliq] al-Gujdawani berkata bahawa beliau letakkan seorang anak muridnya dalam pengasingan. Pada hari yang dia tidak dapat mencari masa untuk menunaikan solat fardu. Dia sentiasa dalam keadaan ghusl (wuduk dengan sempurna). Dia ucapkan takbir untuk bersolat, dia mula solat dan sebaik saja dunia muncul di fikirannya, dia lakukan ghusl. Lalu ia terlintas dalam fikirannya lagi. Seluruh hari itu disebabkan teringatkannya, dia tidak dapat tunaikan solat fardu. Sebab itu kedudukan para wali berbeza. Jalan mereka stabil, okey. Dunia bagaikan tandas yang besar. Pada waktu seseorang masuk ke dalamnya, dia menjadi kotor. Untuk ingatkan dunia dalam keberadaan Allah adalah kotor. Dia perlu mandi, ia satu kewajipan.

Walaupun apabila dia ingatkan akhirat dan syurga, wuduknya telah terbatal. Dia perlu ambil wuduk. Lebih akhirat, akhirat. Kamu adalah hamba Allah. Kamu sedia dalam keberadaan Allah - untuk Allah bukan untuk akhirat. Ini perkara yang penting, tentang kesucian. Taharat (kesucian) adalah fardu. Kita menelan sabun untuk bersih? Ini bukanlah sesuatu yang dibersihkan dengan sabun, bahan pencuci, ombak dan lain-lain. Untuk disucikan daripada kekotoran spiritual harus dilakukan dengan cara spiritual. Seseorang, yang tidak tahu kekotoran dunia adalah seperti lelaki yang dipenuhi dengan bangkai dalam keberadaan Ilahi. Dia membawa bangkai di belakangnya. Bagaimana dia akan berdiri dalam keberadaan Allah ?
Ini perkara yang penting. Ia perkara yang penting untuk diberi perhatian. Ya, sebab itu agama bukanlah mainan. Kita bertanggungjawab untuk menjadi bersih dan berdiri dalam keberadaan al-Haqq. Baiklah. Seperti yang kita katakan, tauhid adalah penyebab untuk jadi bersih. Untuk menjadi sibuk dengan tauhid adalah maksud untuk menjadi suci. Kita sibuk dengan solat dan membuat kebaikan apabila kita mencari masa dari perkara duniawi. Tapi seperti yang kita katakan ia acuh tak acuh dan sangat memikirkan dunia. Walau bagaimanapun, Allah tahu alasan para hambaNya. Allah menerimanya. Tapi hamba harus pelihara adab. Dia harus tahu situasinya dan berkata: "Ya Tuhan, saya celaka. Saya malu untuk berdiri dalam keberadaanMu. Mungkin ada orang lain yang fikir mereka lebih teruk daripadaku. Mereka malu untuk berdiri dalam keberadaan Allah ." Dia harus mampu mengatakan ini. Dia harus lebih memikirkan orang lain dan berkata: "Jadi mereka lihat situasi mereka lebih rendah daripada kita dan mereka malu untuk hadir dalam keberadaan Allah .
Wahai egoku! Kamu tidak malu." Dia harus marah dan mengkritik egonya. "Mereka tidak hadir tapi kamu hadir tanpa berasa malu. Kamu tidak lihat dirimu. Kamu datang tanpa dibersihkan, tanpa melengkapkan kebersihan anda. Apa yang perlu dikata kepadamu? Mungkin mereka tidak datang kerana mereka malu." Memang ada yang berkata: "Kita begitu banyak memberontak. Bagaimana kita boleh pergi?" Saya mendengarnya dari ramai orang. "Adakah kita berada dalam kedudukan untuk pergi?" kata mereka. Ia bermaksud mereka ada rasa malu di dalam, al haya-u min al iman - malu itu dari kepercayaan. Lihat dalam sohbat ini, kita telah diajar bagaimana menunjukkan adab kepada orang. Kita mengkritik diri kita sendiri untuk menilai diri kita sendiri. Juga ia membuka pintu alasan untuk mereka yang tidak mahu datang. Ia bermaksud mereka lebih sedar tentang diri mereka dan mereka rasa malu untuk datang.
Allah buka pintu untuk kita fikirkan sebaiknya. Jadi, kita tidak menggangu mereka atau mengutuk mereka. Seperti yang kita katakan, jika sekarang kita boleh buat yang terbaik dan tetapkan Kaabah di hati, maka amanna wa saddaqna. Dengan hanya secara fizikal, kedudukan kita dipaksa. Ia bermaksud: "HambaKu tidak menyembahKu dari hati." Bukankah begitu? Allah inginkan rasa perhambaan itu datang dari hati. "Kenapa kamu datang kepada keberadaanKu tanpa rela?" Bagaimana jika Dia bertanya begini? Apakah jawapan kita? Ini sememangnya perkara yang penting untuk difikirkan. Kenapa kamu tidak lakukannya dengan rela? "Ya Rabbi, saya rela." Lihatlah. Dia berikan hatimu cahaya, Dia tunjukkan dalaman dan luaranmu, realiti kamu seperti X-ray dengan kuasa Allah . Keadaan kamu adalah begini ketika kamu berdiri untuk solat. "Lihat di mana hati kamu berada? Perlukah lagi ia disangkal?
Hatimu bukan bersamaKu. Kamu hilangkan hatimu kepada orang lain. Kamu terpaksa menyembahKu. Wahai hambaKu, kenapa kamu buat begitu? Kenapa kamu tidak berikan hatimu kepadaKu? Adakah kamu temui yang lebih baik daripadaKu & tiada perasaan? Bodoh?" Bagaimana jika Dia katakan ini, Haji Fuad. Jadi dengan sebab ini, adab, Ya Hu. Adab, Ya Hu untuk semua orang. Kenapa? Okey, kita tidak boleh menyembah sepenuhnya untuk Allah . Ini adalah perkara yang perlu difikirkan. Adakah kamu rela atau tidak rela dalam ibadahmu, wahai egoku? Adakah kamu berikan hatimu kepada Allah ?
"la'natu llāhi 'alā l-kāthibīn" (3:61)
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّـهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ ﴿٦١﴾
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
"Laknat Allah kepada mereka yang berbohong". Kamu tak boleh katakan: "Ya Tuhan, maafkan kami." Katakan sekurangnya: "Ya Tuhan, bersihkan hati kami". Tahu kedudukan kamu. Kamu akan tahu apa yang perlu diminta. Jika kamu tidak tahu keadaanmu, kamu tidak dapat temui penawarnya. Apabila kamu tahu, kamu sembahkan keadaanmu di depan Allah . "Inilah keadaanku, Ya Tuhan, apa yang perlu aku buat? Kasihanilah hamba yang lemah ini." Katakan: "Tunjukkan belas kasihan, berikan walaupun keadaanku sengsara". Apa yang perlu kita doakan pada akhir doa? Inilah doanya.
Kami berada dalam keadaan celaka kerana kami tidak beribadah dengan rela. Kasihanilah kami, Ya Tuhanku. Baiklah. Tauhid ini - 'La ilaha illa Allah' kerana kita terus mengucapkannya, pandangan Allah terus kepada kita. Kita berbesar hati dengan pandanganNya. "HambaKu menyebut namaKu." "Ana jalisu man dhakarani." "Aku bersama hambaKu yang mengingatiKu. Aku dalam himpunanNya, jadi aku dalam keberadaanNya." Kita berada dalam keberadaanNya dengan zikir. Dia berfirman dengan keagunganNya: "Aku berada dalam himpunan hambaKu yang menyebut namaKu. Aku bersedia." Allah sentiasa ada di serata tempat tapi Dia berada dalam himpunan hamba yang menyebutNya adalah satu penghormatan. Ia untuk menghargaiNya, untuk memujiNya.
KeberadaanNya adalah untuk membuka dan berikan dari hikmah belas kasihanNya, Lautan nikmatNya. Dalam mana-mana keadaan atom tidak boleh pun wujud tanpa keberadaan Allah . Setiap atom, segalanya dengan keberadaan Allah . Jika Allah tidak wujud dengan kuasa dan ilmuNya di dalam atom itu, kewujudan atom itu menjadi mustahil. Segala kewujudan dan keberadaan adalah daripada Allah dengan sifatNya yang Maha Hidup Sendiri - Dialah al-Qayyum. Oleh itu, apabila Allah berfirman: "Aku bersama hambaKu yang menyebut namaKu" ia bermaksud Allah ada dalam kewujudan untuk setiap benda hidup, tapi adanya Dia dalam himpunan hambaNya adalah untuk memujiNya, untuk menghargainya.
Oleh itu, basahkan lidahmu dengan zikir Allah. Sibukkan lidahmu dengan zikir Allah supaya zikir itu membawa belas kasihan Allah ke atasmu. Dengan rahmat itu, kamu akan dibentuk. Apabila kamu dibentuk, Allah membentukmu dalam bentuk yang berbeza. Kamu akan dibangkitkan dalam bentuk yang berbeza pada Hari Pengadilan. Penampilan orang yang berzikir akan menarik semua orang pada Hari Pengadilan. Apabila orang yang berzikir datang pada Hari Pengadilan, manifestasi dan keagungan yang mereka ada, semua orang akan mencontohi mereka. Ketika cahaya zikir mereka di dunia ini menjadi jelas pada Hari Pengadilan, semua orang akan berkata; masyaAllah. Siapa mereka?"
Tauhid ini adalah maksud untuk menarik kasih sayang Allah . Dengan memastikan lidahmu sentiasa menyebutNya, kasih sayang Ilahi mula memenuhi hatimu sedikit demi sedikit. Kemudian, kamu akan hilang hatimu kepada Allah . Sesiapa yang berikan hatinya kepada Allah adalah lebih teruk daripada kayu kering. Dia bagaikan kayu kering, tidak berguna. Sebab itu Dia berfirman; "Orang tanpa kasih sayang akan menjadi kayu api untuk neraka." Jika dia datang ke dunia ini dan hatinya tidak sedar dengan kasih sayang melihat segala ciptaan ini dan dia tidak jatuh cinta kepada Allah , dia hanya boleh menjadi kayu api untuk neraka. "Tak malu," firmanNya.
"Walaupun kamu diciptakan sebagai manusia, kamu tidak menyelami ke dalam lautan kasih sayang itu. Kamu tidak biarkan hatimu kepadaNya. Kamu tidak jatuh cinta kepada Allah yang menggalakkan kamu dengan rahmatNya yang menciptakanmu. Kamu bagaikan sebatang kayu," dia akan diberitahu tentang itu. Sebab itu, Sheikh kita, Sultanu l-Awliya pernah mengatakan sebegitu. "Apakah kesimpulan bagi semua ibadah, apakah kedudukan dunia dan akhirat yang utama, nikmat dunia dan akhirat yang utama?" Apabila mereka bertanya soalan ini - ia satu penghormatan dengan cinta Ilahi. Allah menciptakan kita dengan kasih sayangNya. Kita ada kasih saying atau cinta Ilahi dalam sifat diri kita. Tapi kita tidak boleh bertindak balas terhadap cinta Ilahi itu. Matlamat kita adalah untuk bertindak balas kepada cintaNya. Jika kamu dapat bertindak balas terhadap cinta itu dengan kasih sayang - kesempurnaan ada di situ. Itulah kedudukan yang tertinggi. Itulah rasa yang abadi. Ia mempunyai usaha yang kekal. Jalan-jalan yang membawa kepada kesatuan yang utama ada di sana.
Kedudukan yang tertinggi adalah untuk mengetahui cinta Ilahi dan untuk mampu bertindak balas terhadapnya. Dan kedudukanmu pada mata Allah adalah kasih sayang yang kamu berikan sebagai tindak balas terhadap kasih sayang itu. Kedudukan kamu bergantung kepadanya. "Berhenti menjadi budak-budak," firmanNya. Wahai yang lebih tua, masa semakin menghampiri. Jika kamu tidak boleh ambil, berikan sesuatu. Jika kamu katakan: "Apa yang perlu saya ambil dari pasar dunia ini? Yang mana paling berharga?" Ia adalah cinta Ilahi, cinta kepada Rasulullah ﷺ. Ia adalah cinta kepada Rasulullah ﷺ - yang juga cinta kepada Allah . Cinta kepada ulamaNya dan cinta kepada orang yang beriman. Tahap demi tahap. Jika kamu tidak boleh ambil, berikan sesuatu. Tahap yang terendah bermula dari cinta kepada orang beriman.
Jika kita terus pergi kepada jalan ke cinta Ilahi, kita akan terbakar. Beliau ceritakan satu cerita kepada saya dan "wahyuku melihat orang itu" kata sheikh kita, iaitu Sultanu l-Awliya. Musa alahi s-salatu wa s-salam 'ala Nabina alaihi s-salatu wa s-salam, apabila Nabi Musa pergi ke bukit Thur Sina terjumpa seorang hamba di dalam biara. Hu. "Ya Kalimullah," katanya kepada Nabi Musa AS. "Kamu akan pergi ke Thur Sina. Kamu akan pergi untuk bercakap dengan Allah . Tunjukkan kedudukan saya dalam keberadaan Tuhan Syurga dan katakan: 'Rabbu l-'Izzati wa l-Azamati wa l-Jabarut. HambaMu yang menyembah, yang berada di tempat ini, ingin daripadaMu secebis cinta. Lemparkan walaupun secebis hatinya dari cintaMu.'
Lihat. Dia tahu apa yang diminta, Selahi Bey. Bila Dia bertanya: "Apa yang kamu mahu, hambaKu?" Jangan lupa, jangan keliru. "Semoga Dia berikan secebis cinta kepada hamba ini. Saya seperti sepotong kayu kering di sini. Saya harus subur menghijau. Saya harus dihidupkan. Saya harus dipenuhi dengan cinta dan keinginan. Saya mahukan cinta. Semoga Dia berikan secebis cinta itu. Berikan ini kepadaNya." Sebelum Nabi Musa AS terangkannya dalam keberadaan Ilahi, Allah berfirman: "Wahai Musa, saya lemparkan secebis dari secebis cinta kepadaNya. Aku berikan, hantarkan kepadanya apa yang dia mahukan. Wahai Musa, secebis daripada secebis. Dia inginkannya. Aku hantarkan kepadanya."
Dalam perjalanan pulang, dia melalui jalan yang sama untuk sampaikan berita bahawa Allah berikannya cintaNya. Dia lihat dan nampak biara itu telah musnah. Dia mencari hamba tersebut. Tanahnya merekah, dan dia ada di dalam. ḥāluhu ḥayrān (keadaannya keliru). Tidak kira berapa banyak kali Nabi Musa AS memanggilnya, dia tidak dengar. Dia pengsan. Badai cinta menangkap dia, walaupun dengan secebis cinta itu. Wahai orang beriman, jika Allah berikan walaupun sekecil, secebis dari lautan cinta kepada manusia di bumi, kepada orang yang sengsara seperti kita, oh, oh, oh.
Oh, oh, oh. Apa akan terjadi pada dunia ini? Apa yang akan terjadi kepada manusia? Mereka akan lupa segalanya. Segalanya akan dilupakan dalam lautan cinta itu. Mereka akan bertukar menjadi ikan di dalam lautan itu. Allah adalah al-Qadir. Dia benarkan kita melalui kebijaksanaanNya, jadi kita bercakap. Wahai Tuhan kami, berikan secebis cintaMu. Bukan saja untuk kami, berikan kepada semua orang di dunia ini. Lihat kemudiannya apa yang akan kita jadi.
Apabila kita mengucapkan tauhid, tiada siapa yang akan tunduk kepalanya dan melihat dunia. Mereka semua akan tinggalkan dunia dengan zikir tauhid dengan melihat para malaikat. Tanpa perlu makan, minum, tidur, duduk, tanpa apa-apa keperluan untuk melihat sekeliling, dia mengambilnya dan pergi. Qadiru l-Haqq. Qadir Mawla. Kita fikir kita lakukan sesuatu di sini. Apabila Allah mahu, bagaimana dunia ini akan terjadi? Apa yang akan tinggal dalam hati kita dari dunia ini? Tiada apa-apa. Cuba ambil ini, benda yang paling berharga yang kamu boleh dapat dari hidup ini. Sebab itu Dia berfirman: "Jika dua hari adalah sama, kamu dalam masalah." Ia bermaksud cintamu dan keinginan spiritualmu harus lebih daripada semalam. Esok seharusnya lebih lagi. Kenapa? Kamu menghampiri Maula. Kamu akan rasa terisi. Secebis lagi harus berikan cinta dan himmat. Ya Tuhan, secebis lagi untuk hati kami.
Wa min Allahi t-tawfiq.
Ini juga sebuah lautan. Hu. Semoga Allah hilangkan dahaga itu. Semoga Allah jadikan kita dapat merasainya. Ya Tuhan kami, berikan kami hambaMu yang tersayang, hambaMu yang boleh dipercayai yang akan memimpin tangan kami, yang akan menyanyikan cintaMu kepada kami. Kami malu dengan kedudukan kami, ya Rabbi. Apabila kami fikir tentang keberadaanMu, kami sememangnya bersedih, sengsara, ya Tuhan kami. Berikan hambaMu tersayang dan dipercayai supaya mereka dapat memimpin tangan kami.
Bi hurmati l-Habib, bi hurmati l-Fatiha.

Video Link:

http://saltanat.org/videopage.php…
We should be ashamed to face our Lord in prayer while our hearts are dirty with dunya. The only acceptable response to the Creator’s love is to respond with love. In this beautiful sohbet Mawlana gives us a taste of what it is to be in love with…
saltanat.org

Tidak ada komentar:

Posting Komentar