| PENYUCIAN DIRI
2 jenis penyucian:
PERTAMA Zahir, ditentukan oleh peraturan
agama dan dilakukan dengan membasuh
tubuh badan dengan air yang bersih.
KEDUANYA ialah Penyucian Batin, diperolehi
dengan menyedari kekotoran di dalam diri,
menyedari dosanya dan bertaubat dengan
ikhlas.
Penyucian Batin memerlukan perjalanan
kerohanian dan dibimbing oleh Guru
Kerohanian.
Menurut hukum dan peraturan Agama,
seseorang menjadi tidak suci dan Wuduk
menjadi batal jika keluar sesuatu dari
rongga badan. Ini perlu diperbaharui
dengan Wuduk. Dalam hal keluar mani dan
darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam
hal lain, bahagian tubuh yang terdedah
seperti tangan, lengan, muka dan kaki - mesti
dibasuh.
Mengenai pembaharuan Wuduk Nabi s.a.w
bersabda:
"Pada setiap pembaharuan Wuduk Allah
perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang
cahaya iman digilap dan memancar dengan
lebih bercahaya".
Dan, "Mengulangi bersuci dengan Wuduk
adalah Cahaya di atas Cahaya".
Kesucian Batin juga boleh hilang, mungkin
lebih kerap daripada Kesucian Zahir, dengan
sifat buruk, buruk perangai, perbuatan dan
sifat yang merosakkan seperti sombong,
takabur, menipu, mengumpat, fitnah, dengki
dan marah.
Perbuatan secara sedar dan tidak sedar
memberi kesan kepada roh: mulut yang
memakan makanan haram, bibir yang
berdusta, telinga yang mendengar umpatan
dan fitnah, tangan yang memukul, kaki yang
membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga
satu dosa, bukan sahaja dilakukan di atas
katil. Nabi s.a.w bersabda:
"Mata juga berzina".
Bila Kesucian Batin ditanamkan demikian
dan Wuduk Kerohanian batal, membaharui
Wuduk demikian adalah dengan 'Taubat yang
ikhlas', yang dilakukan dengan menyedari
kesalahan sendiri, dengan penyesalan yang
mendalam disertai oleh tangisan (yang
menjadi air yang membasuh kekotoran jiwa),
dengan berazam tidak akan mengulangi
kesalahan tersebut, berhasrat meninggalkan
semua kesalahan, dengan memohon
keampunan Allah, dan dengan berdoa agar
Dia mencegahnya daripada melakukan dosa
lagi.
Sembahyang adalah menghadap Tuhan.
Berwuduk, berada di dalam keadaan suci,
menjadi syarat untuk bersembahyang.
Orang Arif tahu Penyucian Zahir sahaja tidak
memadai, kerana Allah melihat jauh ke
dalam lubuk hati, yang perlu diberi Wuduk
dengan cara bertaubat.
Firman Allah:
"Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu,
untuk tiap-tiap orang yang bertaubat, yang
menjaga (batas-batas)" (Surah Qaaf : 32)
Penyucian Tubuh dan Wuduk Zahir terikat
dengan masa kerana tidur membatalkan
Wuduk. Penyucian ini terikat dengan siang
dan malam bagi kehidupan di dalam dunia.
Penyucian Alam Batin, Wuduk bagi diri yang
tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa.
Ia untuk seluruh kehidupan - bukan sahaja
kehidupan sementara di dunia tetapi juga
kehidupan abadi di akhirat.
Wallahua'lam.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar