Hanya mereka yang IKHLAS sahaja tidak mampu diperdaya oleh Iblis.
Siapakah yang Allah SWT maksudkan dengan mereka yang IKHLAS itu?
NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA
Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur.
Patutlah kebanyakan manusia tersungkur dengan godaan mereka.
Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh
Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan
beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang
ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.
Bagi
mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan
sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang
terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan
tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.
1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan
menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat
4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.
6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.
7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.
8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjual beli.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar