MEMANDANG YANG TERSEMBUNYI
“Allah Ta’ala menampakkan pada
segalanya, kerana Dia adalah Maha Batin. Dan Dia meliputi segalanya,
kerana Dia adalah Maha Zahir (Maha Nyata Jelas)."
Tidak wushul
(sampai) mengenalNya kecuali melalui yang nampak dariNya, kerana yang
nampak itu menunjukkan atas DiriNya. Namun segala sesuatu menjadi sirna
jika Dia nampak, kerana WujudNya menghapus segalanya dan ketidak bebasan
atas AdaNya.
Maka, hikmah di sebalik nampaknya sang makhluk,
adalah wujud pengenalan Makrifat padaNya, selain meraih kemakrifatan
kerana sirnanya sang makhluk.
Maka Maha Sucilah Yang Maha Nampak dan Maha Batin dan Maha Mengetahui. Kerana itu beliau melanjutkan:
“Allah memperkenankan dirimu untuk memandang segala yang tersembunyi di
sebalik semesta makhluk. Dan Allah swt tidak mengizinkan anda untuk
memandang atau berhenti pada wujud zatnya makhluk. Dalam Al-Qur’an
dikatakan, “Katakan, Lihatlah apa yang tersembunyi di sebalik
langit….,(Yunus 101) “ dan Allah swt tidak berfirman, “Lihatlah
langit…!”. Maka Allah swt, akan membuka pintu kefahaman padamu. Allah
tidak berfirman, “Lihatlah langit!” agar anda tidak terjebak pada wujud
benda-benda.”
Ibnu Athaillah menggunakan kata “memperkenankan”,
untuk menunjukkan bahwa memandang dan mencari bukti petunjuk di sebalik
langit itu tidak wajib hukumnya. Kerana itu ada seorang Syeikh diberi
informasi oleh Muridnya, bahawa “Ada orang yang mendapatkan bukti akan
Ke Esa an Allah swt dengan seribu dalil.”
Maka Syeikh itu menjawab: “Hai anakku, jika ia mengenal Allah swt, sama sekali ia tidak akan mencari bukti.”
Kata-kata Syeikh itu akhirnya sampai pada sang cendekiawan yang punya
seribu dalil, lalu berkata, “Benar Gurumu! Kerana mereka menyaksikan
dengan nyata, sedangkan kami menyaksikan
di sebalik tirai.”
Ada seorang murid bertanya kepada Gurunya, “Hai Ustadz, dimanakah
Allah?” Sang guru menjawab, “Hai! Kamu dapat dihanguskan Allah! Apakah
kamu ini mencariNya dengan mata-kepala atas
“di mana”?”
Orang yang menikmati keindahan semesta, menurut para Sufi dilarang. Yang
diperkenankan adalah memandang yang tersembunyi disebalik semesta
langit dan bumi. Kerana jika memandang isi langit dan bumi, seseorang
akan terjebak pada wujud bendanya, bukan yang ada dibalik benda.Lalu apa
yang ada dibalik benda-benda semesta ini? Yang ada hanyalah Asma’,
Af’al dan SifatNya. Sehingga seseorang akan terus menerus Musyahadah dan
mengingatNya (berzikir).
| Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary
Tidak ada komentar:
Posting Komentar