. ~~ Bismillahirrahmannirrahim.~~
..
~~ HAKIKAT ~~
.
Bagian 11.
.
.
Ibrahim a.s mencari Tuhan dengan matanya bersuluhkan cahaya-cahaya athar.
.
Beliau a.s kecewa kerana semua cahaya itu tidak menetap dan tidak bertahan.
.
Lalu beliau a.s meninggalkan cahaya athar dan menghadapkan hati serta Rahsia hatinya kepada Maha Pencipta.
.
Baharulah beliau a.s mendapat keyakinan yang teguh kerana cahaya yang
menerangi hati dan Rahsia hatinya tidak berubah, tidak pudar dan tidak
terbenam.
.
Beliau a.s melihat dengan jelas bahawa athar tetap
athar, tidak ada satu pun yang boleh disekutukan atau disifatkan kepada
Tuhan.
.
Kekeliruan tentang Tuhan terjadi kerana manusia
melihat kesan perbuatan Tuhan sebagai perbuatan, kemudian meletakkan
hukum bahawa perbuatan tidak berpisah daripada sifat dan sifat tidak
berpisah daripada zat. Oleh sebab itu perbuatan juga zat.
.
Jika zat menjadi Tuhan maka perbuatan juga Tuhan dan apa yang terbit dari perbuatan juga Tuhan.
.
Begitulah kesesatan yang terjadi akibat percubaan melihat Tuhan dengan
suluhan cahaya athar dan menggunakan hukum logik matematik.
.
Seseorang haruslah melihat kepada asalnya iaitu
.
‘adam (tidak wujud).
‘Adam adalah lawan bagi Wujud.
.
Jika manusia berpaling kepada ‘adam maka dia akan terhijab dari Wujud Allah s.w.t.
.
Pandangannya akan diliputi oleh athar yang juga datang dari ‘adam.
.
Tidak mungkin manusia menemui jalan yang sebenar jika mereka melalui jalan yang berdasarkan asal kejadiannya iaitu ‘adam.
.
Tuhan adalah Wujud, mustahil ‘adam.
.
Wujud-Nya Esa, tidak berbilang sedangkan wujud athar yang dari ‘adam berbilang-bilang.
.
‘Adam tetap tidak ada walaupun banyak makhluk yang diciptakan daripadanya.
.
Penciptaan yang demikian tidak menambahkan Wujud.
.
Walau sebanyak mana pun makhluk yang diciptakan namun,
.
Allah s.w.t tetap Esa.
.
Usaha untuk menemui keesaan Wujud Allah s.w.t dengan menuruti jalan ‘adam adalah sia-sia.
.
Kewujudan aspek kedua mestilah disingkap jika Allah s.w.t mahu ditemui.
.
Kewujudan yang perlu disingkapkan itu adalah yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t, bukan yang datangnya dari ‘adam.
.
Kewujudan yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t itu
adalah rohani.
.
Firman-Nya:
.
(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
.
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakankan manusia – Adam -dari tanah;
.
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh (ciptaan)-Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya”.
.
( Ayat 71 – 72 : Surah Saad )
.
Katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.”
( Ayat 85 : Surah al- Israa’ )
.
Roh adalah amr (urusan atau perintah) Allah s.w.t, tidak termasuk dalam golongan yang diperintah.
.
Malaikat, jin dan lain-lain termasuk dalam golongan yang diperintah.
.
Roh manusia adalah satu Rahsia Allah s.w.t.
.
Ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t, bukan kepada ‘adam.
.
Pada tahap amr (urusan) Tuhan ia dipanggil
Sir (Rahsia Allah s.w.t), atau Rahsia hati.
.
Pada tahap berkait dengan jasad ia dinamakan kalbu atau hati.
.
Semua kualiti yang baik adalah berkait dengan roh dan semua kualiti yang jahat berkait dengan ‘adam.
.
Jika alam maya diterangi oleh cahaya athar, hati dan rahsia hati yang
dinisbahkan kepada roh urusan Tuhan, diterangi oleh nur sifat Allah
s.w.t.
.
Kualiti hati dan rahsia hati adalah mengenal.
.
Nur sifat Allah s.w.t itulah yang menerangi hati untuk menyaksikan kepada Tuhannya.
.
Hati orang arifbillah yang diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t tidak
lagi dikelirukan oleh cahaya athar dan benda-benda yang dipamerkan.
.
Mata hati menyaksikan Rububiyah pada segala perkara.
.
Zahirnya sibuk dengan makhluk,
.
hatinya menyaksikan Rububiyah dan Sirnya (rahsia hati)
tidak berpisah daripada Allah s.w.t walau sedetik pun.
.
Wassalam Bil Khaer..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar