Sambungan kalam hikmah Syeikh Ibnu Athaillah Askandary:
Tiap-tiap sesuatu yang wujud di alam ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ALLAH itu lebih jelas dan nyata daripada segala sesuatu. Tiap-tiap sesuatu yang terzahir pada alam ini adalah mengikut ilmuNya, kehendakNya dan KuasaNya. Tidak akan terlepas sesuatu itu dengan takluk ilmuNya, IradatNya dan kuasaNya yang telah sabit daripada azali. Ini pandangan di sisi orang-orang yang telah bersih dan suci hatinya dari aib-aib mazmumah, cemar-cemar dosa, maksiat, penderhakaan kepada ALLAH. Jika seseorang tidak dapat menyaksikan atau tidak dapat merasakan akan kewujudan ALLAH pada diri atau pada segala sesuatu yang lain yang ada di alam ini bermakna hatinya telah mati lantaran dosa, aib, maksiat dan penderhakaan.
Kata-kata Imam Abu Bakar Maqthi ini mungkin dapat menyedarkan kita tentang keistimewaan hati atau ruh kita.
"Ruh ialah "perintah" ALLAH dan tidak termasuk di bawah kelas yang "diperintah" seperti malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan makhluk lainnya sepertimana firman ALLAH SWT; "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan ruh (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya sebagai penghormatan" (Sad 38:72).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar