Kalam hikmah Syeikh Ibnu Athaillah Askandary:
"Bermula haq SubhanaTa'ala dalam sempurna sifatnya itu tiada DIA mahjub dan hanyasanya yang mahjub itu engkau daripada menilik kepadanNya kerana penuh hati mu daripada dukhun (asap) syahwat buta mata hati mu daripada segala aib dan cemar dosa"
Maksud kalam hikmah di atas ialah ALLAH itu memiliki kesempurnaan (kamalat) sifat-Nya. Sudah pasti sekali tidak terdinding (mahjub) daripada pandangan mata hati seorang hamba.
ALLAH itu dapat dilihat dan disaksikan oleh musyahadah hamba yang memilki hati yang bersih lagi suci. Inilah kedudukan hati seorang hamba yang dipandang dari sudut asalnya (fitrah hati manusia).
Ketika di alam arwah dahulu semua ruh-ruh manusia telah dapat menyaksikan dan memberikan kesaksian kepada ALLAH dengan mengakui bahawa ALLAH adalah Tuhan sepertimana di dalam surah Al-Araf ayat 172;
firman-Nya; "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab; "Benar, Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi....
Apa yang mendinding dan menghalang pandangan untuk menilik kesempurnaan ALLAH ini adalah disebabkan kerana tebalnya dan kelamnya asap keinginan nafsu syahwat yang membutakan mata hati. Ini berpunca daripada sifat-sifat kecelaan (mazmumah), maksiat, dosa dan penderhakaan yang dilakukan oleh seorang hamba sama ada secara sedar atau tidak
In sha ALLAH..Sambung lagi..
selamat menunaikan solat Asar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar