Kalam hikmah Syeikh Ibnu Athoillah Askandary:
"Kerana jikalau mendinding akan Dia (ALLAH) oleh sesuatu,
nescaya menutup akan Dia (ALLAH) oleh yang mendinding ia sesuatu
akan Dia (ALLAH). Dan jika ada baginya sesuatu yang menutup Dia (ALLAH),
nescaya adalah wujud bagi yang menutup itu menyampaikan;
dan tiap-tiap yang menyampaikan bagi sesuatu maka iaitu
baginya yang mengeraskan.
Dan yang mengeras itu memilik bagi yang dikerasi.
Dan tiadalah sah ada yang memilik bagi sesuatu itu lain daripada ALLAH"
Pengertian kalam hikmah di atas jika menurut hukum akal ialah
tentang tiap-tiap sesuatu yang menjadi hijab itu menguasai apa yang dihijab.
Ini bermaksud sesuatu yang boleh menutup pandangan mata hati seseorang hamba
untuk melihat sifat-sifat kesempurnaan ALLAH,
maka tentulah sesuatu yang menjadi hijab itu lebih menyata atau menonjol
daripada ALLAH.
Ini suatu yang mustahil kerana ALLAH itu hakikatnya tidak boleh dihijab
dengan apa-apa pun, melainkan hati kitalah yang terhijab dengan sesuatu.
Begitu juga halnya jika ada sesuatu yang boleh menghijab seseorang melihat ALLAH,
maka sudah tentu sesuatu yang menjadi hijab itu akan menjadi pengantara
yang boleh menyampaikan kepada ALLAH.
Mana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai hakikat
boleh bertukar menjadi yang empunya hakikat (ALLAH)
Tidaklah masuk akal sesuatu yang menghijab itu lebih nyata menonjol
seperti apa yang menghijab itu menguasai apa yang dihijab
dan memerintah tiap-tiap sesuatu itu selain ALLAH
kerana apa yang menghijab itu adalah benda yang dijadikan.
Sesuatu yang dijadikan hakikatnya tiada.
Dengan ini jelaslah ALLAH lah lebih nyata wujudnya kerana DIA (ALLAH) boleh membuka dan menutup atau boleh menzahirkan dan mentiadakan tiap-tiap sesuatu.
In sha ALLAH Sambung lagi...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar