Wahdatul Wujud ada 2 :
1. ada yang mulhid (sesat):
mereka berpegang segalanya Tuhan. manusia dan Allah satu jua, manusia adalah jelmaan Allah diatas muka bumi. Fahaman ini juga menular pd golongan sesat bertopengkan tasauf sehingga mendakwa telah gugur syariat padanya kerna dirinya adalah Allah atau bersatu dengan Allah. Kaum sufi berlepas diri dari fahaman kesatuan ini.
2. yang benar dan merupakan pegangan orang sufi yang benar :
mereka hanya merasa dan memandang diri pada mata hatinya akan kekuasaan Allah dalam segala perbuatan dan sifat. mereka hanya syuhud (pandang mata hati) pada Allah yang wajibul wujud, wujud yang lain hanya dalam qabdah ( genggaman Allah )...wujud mumkinat antara ada atau tiada, adanya jika mahu diwujudkan Allah dan tiadanya jika mahu diwujudkan Allah.
wahdatul wujud sufi ialah asyik mengingati atau mursyahadah ( memandang pada rohani ) kepada Allah sehingga terlupa pada wujud diri dan alam, mereka bukan menafikan wujud diri dan alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar