Minggu, 24 Januari 2016

Fana.

Fana.

1. Pengertian Fana
Kebanyakan kitab-kitab tua 
seperti Kitab Syarah Hikam Ibni Athoillah As-Kandariah, 
Kitab Manhal-Shofi, Kitab Addurul-Nafs dan lain-lain 
menggunakan istilah-istilah seperti ‘binasa’ dan ‘hapus’ 
untuk memperihalkan tentang maksud fana. 

Ulama-ulama lainnya yang banyak menggabungkan 
beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah 
menggunakan istilah-istilah seperti ‘lebur’, ‘larut’, ‘tenggelam’ dan ‘lenyap’ 
dalam usaha mereka untuk memperkatakan sesuatu 
tentang ‘hal’ atau ‘maqam’ fana ini.

Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah;

Lenyapnya sifat-sifat basyariah(pancaindera)

Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan 
sehingga tiada lagi melihat 
daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, 
maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. 

Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk 
(maksiah lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). 

Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, 
lenyap af’alnya/perbuatannya(fana fil af’al), 
lenyap sifatnya(fana fis-sifat), 
lenyap dirinya(fan fiz-zat)

Oleh kerana inilah ada di kalangan ahli-hali tasauf berkata:

“Tasauf itu ialah 
mereka fana dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya 
kerena kehadiran hati mereka bersama Allah”.

Sahabat Rasulullah 
yang banyak memperkatakan tentang ‘fana’ ialah Sayyidina Ali, 
salah seorang sahabat Rasulullah yang terdekat 
yang diiktiraf oleh Rasulullah sebagai ‘Pintu Gedung Ilmu’. 

Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. 
Antaranya :
“Di dalam fanaku, leburlah kefanaanku, 
  tetapi di dalam kefanaan itulah 
  bahkan aku mendapatkan Engkau Tuhan”.

Demikianlah ‘fana; 
ditanggapi oleh para kaun sufi secara baik, 
bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka 
yang ingin menemukan Allah(Liqa Allah) 
bagi yang benar-benar mempunyai keinginan 
dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah(Salik). 

Firman Allah yang bermaksud:
“Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya 
maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh 
dan janganlah ia mempersekutukan siapapun 
dalam beribadat kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)

Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat yang tersebut di atas, 
ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:

Pertamanya mengerjakan amalan sholeh 
dengan menghilangkan semua- sifat-sifat yang tercela 
dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji iaitu Takhali dan Tahali.

Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu termasuk dirinya 
sehingga yang benar-benar wujud/isbat 
hanya Allah semata-mata dalam beribadat. 
Itulah ertinya memfanakan diri.

Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti 
Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering mengalami keadaan “fana” fillah dalam menemukan Allah. 

Umpamanya Nabi Musa alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah 
maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;

“Ya Tuhan, bagaimanakah caranya supaya aku sampai kepada Mu? 
Tuhan berfirman: 
Tinggalkan dirimu/lenyapkan dirimu(fana), baru kamu kemari.”

2. Kata-kata Hikmah Dari Wali-wali Allah yang telah mengalami FANA

Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthomi;
“Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. 
Abu Yazid menjawab: 
“Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah 
hingga saya tidak tahu malam dan siang”.

Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang 
bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. 

Beliau telah menjawab dengan katanya:

“Buangkanlah diri kamu. 
Di situlah terletak jalan menuju Allah. 
Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, 
maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya”.

Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;

Apabila Allah memfanakan saya 
dan membawa saya baqa dengaNya 
dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, 
maka saya pun dapat memandangNya 
dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku 
dan tidak dapat berkata apa-apa. 

Hijab diriku tersingkap 
dan saya berada di keadaan itu beberapa lama 
tanpa pertolongan sebarang panca indera. 
Kemudian 
Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan 
dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga.”

Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf 
kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah 
pernah membicarakan tentang fana ini 
dengan kata-kata beliau seperti berikut:

Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri).

Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan ‘mematikan diri’ ialah kesufian.

Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) 
hingga dia memfanakan dirinya. 

Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu 
bagi pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.

3. Himpunan Kata-kata Hikmat Tentang Fana.

A. Sembahyang orang yang cinta (mahabbah) ialah memfanakan diri 
sementara sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.

B. Setengah mereka yang fana (lupa diri sendiri) dalam satu tajali zat 
    dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. 
    Mereka adalah Majzub yang hakiki.

C. Sufi itu mulanya satu titik air dan menjadi lautan. 
    Fananya diri itu meluaskan keupayaannya. 
    Keupayaan setitik air menjadi keupayaan lautan.

D. Dalam keadaan fana, 
    wujud Salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. 

Dengan itu Salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain. 
Inilah peringkatWilayah(Kewalian). 
Perbezaan antara Wali-wali itu ialah disebabkan 
oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. 

Ada yang merasai keadaan fana itu satu saat, satu jam, 
ada yang satu hari dan seterusnya. 
Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majzub. 
Mereka masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.

E. Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah. 
Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. 

Dalam kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. 
Dalam kenabian , makhluk masih nampak di samping memerhati Allah. 

Kewalaian ialah peringakt fana dan kenabian ialah peringkat baqa.

F. Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. 
Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, 
maka ianya binasa dan fana kerana Tajali Zat 
melarutkan semua cermin penzohiran. 

Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)

G. Tajali bererti menunjukkan sesuatu pada diriNya 
dalam beberapa dan berbagai bentuk. 

Umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai beberapa ladang
 dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api.

H. Wujud alam ini fana (binasa) dalam wujud Allah.
Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;

“Cahaya atas cahaya, 
Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya.” dan 
“Allah adalah cahaya langit dan bumi.”

I. Muraqobah ialah memfanakan hamba 
akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat Allah dan zat Allah.

J. Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian pada sifat Allah. 
Maka iaitu satu bagai daripada fana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar