Jumat, 29 Januari 2016

RENUNGAN

RENUNGAN
Apakah tujuan Allah jadikan kita?. Saja-sajakah?. 
Atau untuk apa? 
Sedangkan kita tahu Allah itu maha kaya dan maha kuasa, 
jikalau Allah tidak mencipta makluk pun tidak jadi apa-apa kepada DIA. 
Tetapi apa sebabnya diciptanya makhluk? 
Sebenarnya Allah ciptakan makhluk ialah untuk menyatakan akan diriNYA 
yang tidak nyata, jikalau DIA tidak mencipta makhluk, 
DIA hendak nyata dimana?. 
Bagaimana pula untuk menyatakan Allah?. 
Jawabnya dengan jalan MAARIFAT. 
Bagaimana pula hendak MAARIFAT?. 
Jawabnya dengan jalan TAUHID.

Didalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, 
makhluk yang berbangsa insan sahajalah yang mendapat pujian dari Allah, 
kerana makhluk berbangsa insan sahajalah yang boleh dan lebih tepat 
untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata. 

Firman Allah; Maksudnya:
"Sesungguhnya Aku telah menciptakan insan dengan bentuk semulia-mulia kejadian. Kemudian kami kembalikan ketempat yang serendah-rendahnya" (AT TIN: 4 dan 5).

Apakah sebabnya setelah dipujinya insan dan selepas itu dikembalikan kepada kehinaan?.

 Sebabnya, Allah jadikan insan untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata, 
tetapi apabila insan yang tidak dapat menyatakanNYA 
maka sia-sia sahajalah dijadikan insan itu. 
Sebab itu jikalau insan yang tidak boleh menyatakan Allah, 
tidak dipanggil insan, tetapi dipanggil manusia?. 
Yakni yang sia-sia didunia dan diakhirat. 
Allah hanya puji insan dan bukan manusia (Nas/Manusia), 
Allah puji insan yang boleh menyatakanNYA. Insan pun masih belum selamat. 
Firman Allah;

Maksudnya :
"Demi masa, sesungguhnya insan (manusia) itu didalam kerugian, 
kecuali insan yang beramal soleh dan 
berpesan-pesan kearah kebaikan dan berpesan dengan kesabaran ". 
( Al-Asri: 1, 2 dan 3 ). 

Beriman yakni sentiasa NYATA akan Allah dan beramal soleh, sentiasa ingat akan Allah setiap masa dan detik.
Hendak menyata akan Allah, mestilah kenal, tetapi setakat mana kita kenal akan Allah?.
"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin diketahui. Maka aku menciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku"
(Hadis Qudsi).
"Aku adalah 'Kanzun Mahfiyya' (yang terpendam dan tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenal. Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku. 
(Hadis Qudsi).
Sabda Rasul saw. Ilmu itu ada dua macam. Pertama: Ilmu lisan, sebagai hujjah Allah dan kepada hambanya. Kedua: Ilmu batin yang bersumber dilubuk hati, ilmu inilah yang berguna untuk mencapai tujuan pokok dalam ibadah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar