BUTA
Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”.
(Surah Bani Israil, ayat 72).
Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati
yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat.
Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”.
(Surah Hajj, ayat 46).
Hati menjadi buta disebabkan oleh kelalaian,
yang membuat seseorang lupa kepada Allah dan lupa kepada kewajipan mereka,
tujuan mereka, ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di dalam dunia.
Sebab utama kelalaian adalah kejahilan terhadap hakikat (kebenaran) undang-undang dan peraturan Tuhan.
Apa yang menyebabkan seseorang itu berterusan di dalam kejahilan ialah
kegelapan yang menyeluruh menutupi seseorang dari luar
dan sepenuhnya menguasai batinnya.
Sebahagian daripada nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah
sifat-sifat angkuh, sombong, megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat keji.
Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Tuhan yang sangat baik
sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu
dia perlu menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya.
Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan pengetahuan,
dengan beramal menurut pengetahuan itu, dengan usaha dan keberanian,
melawan ego diri, menghapuskan yang banyak pada diri, mencapai keesaan.
Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati yang suci
akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya.
Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar
yang darinya kamu datang.
Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan dan keinginan untuk kembali
kepada rumah kediaman yang sebenar,
dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani
roh suci pada diri kamu akan menyatu dengan-Nya.
Bila sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih tempatnya
dan orang yang memiliki mata rohani akan melihat.
Dia mengenali apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah.
Kemudian dirinya dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya.
Cahaya ini masih lagi hijab menutupi cahaya suci Zat,
tetapi masanya akan sampai bila ini juga akan terangkat,
yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu sendiri.
Hati mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang luas.
Dengan mata yang sempat
seseorang boleh melihat kenyataan sifat-sifat dan nama-nama Allah.
Penglihatan ini berterusan sepanjang perkembangan kerohaniannya.
Mata yang luas melihat hanya kepada apa yang dijadikan kelihatan
oleh cahaya keesaan dan yang esa.
Hanya bila seseorang sampai kepada daerah kehampiran dengan Allah dia akan melihat,
di dalam alam penghabisan bagi kenyataan Zat Allah, Yang Esa dan Mutlak.
Bagi mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia,
di dalam kehidupan ini kamu mestilah membersihkan diri kamu
daripada sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan.
Jarak yang kamu mengembara di dalam kenaikan kamu
ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada sejauh mana
kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri kamu.
Pencapaian kamu kepada matlamat yang kamu inginkan
bukanlah seperti barang kebendaan sampai ke tempat kebendaan.
Ia juga bukan ilmu yang membawa seseorang kepada sesuatu
yang menjadi diketahui (daripada tidak tahu),
juga bukan pertimbangan yang memperolehi apa yang difikirkan,
bukan juga khayalan yang menyatu dengan apa yang dikhayalkan.
Matlamat yang kamu ingin capai ialah
kesedaran tentang ketiadaan (kekosongan) kamu daripada segala sesuatu
kecuali Zat Allah.
Pencapaian ini adalah perubahan suasana yang terjadi,
bukan perubahan pada sesuatu yang nyata.
Di sana
tiada jarak,
tiada dekat atau jauh,
tiada kesampaian,
tiada ukuran,
tiada arah,
tiada ruang.
Dia Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun.
Dia menjadi nyata dalam apa yang Dia sembunyikan daripada kamu.
Dia menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di antara Dia dengan kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam ketidak Upayaan mengenali-Nya.
Jika ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam huraian ini ketika kamu masih lagi berada di dalam dunia,
buatlah muhasabah (hisab) terhadap diri kamu,
Segala Amalan kamu tentang amalan kamu.
Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa yang kamu sudah buat dan sedang buat; buat kiraan kamu, seimbangkannya.
Kamu akan memandang diri kamu di hadapan Tuhan kamu pada ketika puting beliong Sakaratul Maut melanda Itu adalah muktamad.
Kamu tidak ada peluang mengimbanginya di sana .
Jika kamu lakukan di sini ketika kamu masih ada masa,
kamu akan termasuk ke dalam golongan yang diselamatkan.
Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu
di akhir hayat kamu Hidup ini akan berakhir.
Dari Aku .....Aku datang kepada Aku kembali
Akhir kata, renungkanlah kata-kata ini:
Lawan untuk hidup
Hidup mesti lawan
Hingga ego mu kau kalahkan
Kebodohan diri kencundang dengan kehebatan diri yang sebenar benar diri
Tidak ada komentar:
Posting Komentar