Qalbun Salim Bil Makrifatillah.
Makrifatullah :
Jalan
Keselamatan Diri
Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 :
“Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”
"Hai
manusia,
sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh
menuju
Rabbmu,
maka kamu pasti akan menemui-Nya." (QS. Al Insyiqaq: 6)
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak
tidak dapat memberikan
pertolongan sesuatu apapun,
Kecuali orang-orang yang datang menghadap
Allah
dengan hati yang selamat sejahtera ; (Asy-Syu'araa [26] : 88 -
89)
Menurut ahli tasawuf,
berilmu yang dimaksudkan di sini ialah
Ilmu Makrifatullah.
Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi
manusia.
Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah
sebagai pengenalan
awal kepada diriNya
sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah
pengenalan yang hakiki.
Hati yang bersih akan tersingkap baginya
pelbagai rahsia ketuhanan.
Semakin ia bersih,
semakin
memancarlah makrifat pada hatinya.
Hati yang memancar ini adalah
hati
yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah.
Mereka
yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan
(sentiasa melihat Allah atau
Allah melihatnya)
imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti
untuk
membuktikan wujud Tuhan.
Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah
di
dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.
Firman Allah :
“Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)
Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu
akan melihat dan
merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat.
Inilah kasyaf yang
hakiki
di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah
dengan
penglihatan yang haq.
Firman Allah :
“Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”
Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa
ayat-ayat
Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor.
Bacaan mereka hanyalah di
lidah, bukannya di hati.
Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di
hati.
Tanyalah diri sendiri,
bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)
Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa,
ayat di atas hanyalah
sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja.
Dan apabila hal keTuhanan
berada pada akal,
ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang
lain pula.
Tetapi jika hatimu bersih,
ayat ini dapat dirasai dan
dilihat dengan pandangan cahaya hati
sehingga merasai kebersamaan dengan
Allah di mana saja berada.
Mereka yang mengingati Allah dalam
penghayatan dan penglihatan
akan merasai kelazatan iman dan makrifat
yang tidak terhingga.
Allah adalah kekasihnya
dan ia meninggalkan apa
jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah.
Allah adalah yang dirindui
dan ia menjadi perindu,
Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.
Sesiapa yang mengenal Tuhan,
ia akan mencintai Tuhan dan leburlah
segala keindahan yang lain.
Sesiapa yang mengenal Tuhan,
tiadalah ia
resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.
Memancar pada hatinya
sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan
dan ia mendapat
perlindungan dari Allah SWT.
Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya
dengan zikrullah
dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)
Apabila Allah mengingatinya,
nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya
kebenaran
dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah :
“Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan…” (al-Isra’ : 81)
Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah
dengan melakukan kebaikan
sedangkan pentafsiran seperti ini adalah
berbentuk umum dan tidak
muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar,
apatah lagi tafsiran yang
dihurai oleh ulama-ulama tasawuf
yang merupakan pakar dalam bidang
kejiwaan manusia.
Wallahu ‘alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar