AL-QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Daripada Huzaifah b al-Yaman ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Islam akan luntur(lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian
(bila ia telah lama dipakai),
sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti
apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan
apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan
apa yang dimaksudkan dengan nusuk(ibadat) dan
apa yang dimaksudkan dengan sedekah.
Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja,
maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya
walaupun hanya satu ayat.
Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia,
diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan.
Mereka hanya mampu berkata,
Kami sempat menemui nenek moyang kami
memperkatakan kalimat La ilaha illal lah,
lalu kami pun mengatakannya juga.
Maka berkata Shila(perawi hadis daripada Huzaifah),
Apa yang dapat dibuat oleh La illallah(apa gunya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan
dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah?
Maka Huzaifah memalingkan muka daripada nya (Shilah yang bertanya).
kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali.
Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu.
kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab,
kalimat itu dapat menyelmatkan mereka daripada api nereka.
( Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).- HR Ibnu Majah.
KETERANGAN:
Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti:
1. Ilmu tentang Islam akan diangkat.
2. Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan Bumi ini.
3.Orang ramai hanya mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.
4. Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucap kalimat Lailaha illallah, tetapi mereka tidak memahami apa tuntututan kalimat suci itu terhadap mereka. Walaupun bagaimana pun Allah swt dengan belas kasihanya masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar