Senin, 16 Mei 2016

Hadis Muthahharah


Hadis Muthahharah

Daripada Sayyidina Khalid Bin Al-Walid RA Telah Berkata : Telah Datang Seorang Arab Badwi Kepada Rasulullah Solallahu^Alaihi Wassallam Dimana Dia Telah Menyatakan Tujuannya : "Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya Kedatangan Aku Ini Adalah Untuk Bertanya Engkau Mengenai Apa Yang Akan Menyempurnakan Diri Ku Di Dunia Dan Akhirat."

(1) Dia Berkata : "Aku Mahu Menjadi Orang Alim" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam : "Takutlah Kepada Allah, Maka Engkau Akan Menjadi Orang Yang Alim"

(2) Dia Berkata : "Aku Mahu Menjadi Orang Paling Kaya" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Jadilah Orang Yang Yakin Pada Diri, Maka Engkau Akan Jadi Orang Paling Kaya"

(3) Dia Berkata : "Aku Mahu Jadi Orang Paling Adil" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Kasihanilah Manusia Yang Lain Sebagaimana Engkau Kasih Pada Diri Sendiri, Maka Jadilah Engkau Seadil-Adil Manusia"

(4) Dia Berkata : "Aku Mahu Menjadi Orang Yang Paling Baik" Baginda Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Jadilah Orang Yang Berguna Kepada Masyarakat, Maka Engkau Akan Jadi Sebaik-Baik Manusia"

(5) Dia Berkata : "Aku Mahu Menjadi Orang Yang Istimewa Di Sisi Allah" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Banyakkan Zikrullah, Nescaya Engkau Akan Jadi Orang Istimewa Di Sisi Allah"

(6) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Sempurnakan Imanku" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Perelokkan Akhlakmu, Nescaya Imanmu Akan Sempurna"

(7) Dia Berkata : "Aku Mahu Termasuk Dalam Golongan Orang Yang Muhsinin (Baik)" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Beribadahlah Kepada Allah Seolah-Olah Engkau Melihatnya Dan Jika Engkau Tidak Merasa Begitu Sekurangnya Engkau Yakin Dia Tetap Melihat Engkau, Maka Dengan Cara Ini Engkau Akan Termasuk Golongan Muhsinin"

(8) Dia Berkata : "Aku Mahu Termasuk Dalam Golongan Mereka Yang Taat" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Tunaikan Segala Kewajipan Yang Di Fardukan, Maka Engkau Akan Termasuk Dalam Golongan Mereka Yang Taat"

(9) Dia Berkata : "Aku Mahu Berjumpa Allah Dalam Keadaan Bersih Daripada Dosa" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Berkata : "Bersihkan Dirimu Daripada Najis Dosa, Nescaya Engkau Akan Menemui Allah Dalam Keadaan Suci Dari Dosa"

(10) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Himpun Pada Hari Qiamat Di Bawah Cahaya" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Jangan Menzalimi Seseorang, Maka Engkau Akan Di Hitung Pada Hari Qiamat Di Bawah Cahaya"

(11) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Kasihi Oleh Allah Pada Hari Qiyamat" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Kasihilah Dirimu Dan Kasihilah Orang Lain, Nescaya Allah Akan Mengasihanimu Pada Hari Qiyamat"

(12) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Hapuskan Segala Dosaku" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Banyakkan Beristighfar, Nescaya Akan Dihapuskan (Kurangkan) Segala Dosamu"

(13) Dia Berkata : "Aku Mahu Menjadi Semulia-Mulia Manusia" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Jangan Mengesyaki Sesuatu Perkara Pada Orang Lain, Nescaya Engkau Akan Jadi Semulia-Mulia Manusia" "

(14) Dia Berkata "Aku Mahu Menjadi Segagah-Gagah Manusia" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Sentiasa Menyerah Diri (Tawakkal) Kepada Allah, Nescaya Engkau Akan Jadi Segagah-Gagah Manusia"

(15) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Murahkan Rezeki Oleh Allah" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Sentiasa Berada Dalam Keadaan Bersih (Dari Hadas), Nescaya Allah Akan Memurahkan Rezeki Kepadamu"

(16) Dia Berkata : "Aku Mahu Termasuk Dalam Golongan Mereka Yang Di Kasihi Allah Dan Rasulnya" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab Menjawab : "Cintailah Segala Apa Yang Di Sukai Oleh Allah Dan RasulNya, Maka Engkau Termasuk Dalam Golongan Yang Di Cintai Oleh Mereka"

(17) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Selamatkan Dari Kemurkaan Allah Pada Hari Qiyamat" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab Menjawab : "Jangan Marah Kepada Orang Lain, Nescaya Engkau Akan Terselamat Daripada Kemurkaan Allah Dan RasulNya"

(18) Dia Berkata : "Aku Mahu Di Terima Segala Permohonanku" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Jauhilah Makanan Haram, Nescaya Segala Permohonanmu Akan Di TerimaNya"

(19) Dia Berkata : "Aku Mahu Agar Allah Menutupkan Segala Keaibanku Pada Hari Qiyamat" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab "Tutuplah Keburukan Orang Lain, Nescaya Allah Akan Menutup Keaibanmu Pada Hari Qiyamat"

(20) Dia Berkata : "Siapa Yang Terselamat Daripada Dosa ?" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Orang Yang Sentiasa Mengalir Air Penyesalan, Mereka Yang Tunduk Pada KehendakNya (Allah) Dan Mereka Yang Di Timpa Kesakitan"

(21) Dia Berkata : "Apakah Sebesar-Besar Kebaikan Di Sisi Allah ?" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Elok Budi Pekerti, Rendah Diri Dan Sabar Dengan Ujian (Bala)

(22) Dia Berkata : "Apakah Sebesar-Besar Kejahatan Di Sisi Allah ?" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Buruk Akhlak Dan Sedikit Ketaatan"

(23) Dia Berkata : "Apakah Yang Meredakan Kemurkaan Allah Di Dunia Dan Akhirat ?" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Sedekah Dalam Keadaan Sembunyi (Tidak Di Ketahui) Dan Menghubungkan Kasih Sayang"

(24) Dia Berkata : "Apakah Yang Akan Memadamkan Api Neraka Pada Hari Qiyamat ?" Baginda Solallahu^Alaihi Wassallam Menjawab : "Sabar Di Dunia Dengan Bala Dan Musibah"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar