Jumat, 22 Januari 2016

AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH SELAIN ALLAH,
DAN MUHAMMAD ITU ADALAH PERSURUHNYA".

Dan kita juga akan kembali denganNYA berserta kalimah yang lafazkan di atas,
namun adakah kita menemuinya dan memahaminya.
Kerana bila saat kita menghadapi kiamati iaitu waktu nazak , 
tika itu, nafas dari jantung akan terhenti,
kita akan cemas seakan dan 
dapat lagikah kita menyebut kalimah itu dikala nafas jantung mulai kaku?

sedangkan kita tidak memahami kalimah syahadah yang tersurat dan tersirat.
sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa kalimah syahadah 
tidak akan berhuruf bersuara bila ilmuNYA berserta dengan kita,iaitu insan,
yang mempunyai 4 unsur,tanah,air,angin dan api, 
serta insan yang ada pada diri ALIF, DAL, MIM. 
Allah Dalam Muhammad...,itulah yang kita cari,cari dan cari.

Janganlah manusia itu tergolong orang yang rugi, 
kerana semua arwah-arwah yang telah meninggal dan diseksa diliang lahad, 
telah bermohon kepada Allah Maha Kuasa akan dimohon dihidupkan kembali 
di dunia ini walaupun 1 hari, 
kerana mereka ingin mencari DIA dan memahami DIA, 
Allah SWT, meliputi segala alam...

MENCARI DIRI SENDIRI
Kita kembali kepada LATIHAN semula iaitu 
mencari DIRI SENDIRI yang berdiri dengan sendirinya itu.

Setelah kita dapat MENEMUI JALANNYA PERNAFASAN kita yang turun naik itu 
yang berasal dari dalam, 
maka DENGAN MEMATIKAN SEGALA TENAGA kita yang ada, 
kita CUBA MENURUTKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita itu, 
dengan pengertian kita 
MULAI MEMAKAI atau MENGGUNAKAN TENAGA DARI DALAM iaitu TENAGA YANG MENYEBABKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita.

Lancarnya latihan kita dan sampai kepada MENINGKATNYA PERGERAKAN 
yang dibawakan oleh 
DAYA TENAGA YANG BERASALKAN DARI JALANNYA PERNAFASAN kita 
bergantung kepada pandainya kita membawakannya. 

Untuk dapat membawakan sampai mengerti, 
ialah pandainya kita MENYERAHKAN SEGALA SESUATU 
apa yang ada pada kita KEPADANYA iaitu 
pada YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu.

DIA akan bebas bergerak, 
kalau apa yang ada pada kita telah dipunyainya dan dikuasainya, 
dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap Dia kepunyaan kita, 
maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu JADIKAN KITA MENJADI KEPUNYAANNYA.

Setahu kita, 
DIA telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepunyaan kita, 
KURNIA atau ANUGERAH yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. 
DIA datang dariNYA dan akan kembali kepadaNYA pula. 
Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk Kesempurnaan Kejadian kita. 
Dan tidaklah sempurna kita rasanya, 
kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan MENEMUInya.

Adalah DIA langsung dari Yang Maha Esa 
dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. 
Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana DIA ASLI dan kita dari yang dijadikan, sungguhpun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga.

Satu ASAL, tetapi berlainan KE-ADA-AN. 

DIA ada tetapi tiada, kita ada dan nyata, DIA yang telah berada bersama kita, 
bahkan terkandung didalam batang tubuh kita, kenapa kita tidak dapat menemuinya ? 

Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk HIDUP bukan untuk MATI.

Jadi nyatalah sudah ada KELEBIHANNYA dari kita dan Rahsia Hidup 
dan kehidupan kita padanyalah LETAKNYA. 
Dan kalau kita ingin hidup bahagia, 
tentu DIA MESTI KITA CARI dan KITA TEMUI, 
seperti telah dikatakan diatas, 
PADANYALAH TERLETAK RAHSIA HIDUP itu.

Untuk mengetahui dan MENEMUInya tentu lebih dahulu 
harus kita pecahkan soal antara kita dengan DIA 
dengan jalan MEMISAHKAN YANG SATU DENGAN YANG LAIN, iaitu 
antara BADAN dan DIRI atau antara DIA dan AKU.

Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati 
sebenarnya mendatangkan sudah PERMULAAN PERPISAHAN, 
kerana dengan perbuatan kita itu maka tinggallah YANG HIDUP.

Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan YANG HIDUP 
oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam KEADAAN yang sebenarnya. 
Sebelum kita dapat menemui dan MENGUASAInya kita tidak dapat yang sebenarnya.

Untuk itu hendaklah kita TERUS BERLATIH dan BERLATIH mencarinya 
SAMPAI ADA PANCARAN KELUAR DARI HUJUNG JARI JARI kita. 

Dengan telah dapatnya kita 
MERASAKAN PANCARAN YANG KELUAR DIHUJUNG JARI JARI kita itu bererti 
DINDING TELAH TEMBUS dan RAHSIA TELAH TERBUKA dan 
tugas kita ialah MEMPELAJARInya lagi dengan pengalaman pengalaman atau 
PERCUBAAN PERCUBAAN.

DIA adalah HAKMILIK kita dan tiadalah orang lain berhak atasnya. 
Kenapa tidak kita pergunakan Hakmilik kita Yang Amat Berharga itu
Pendirian kita ( selama ini ) selain SALAH kerana tidak berpegang pada DIRI 
barang yang hidup, melainkan kepada BADAN barang yang mati. 

Yang TERANG ada pada kita dan yang GELAP pun ada pada kita. 
Kenapa berpegang kepada itu yang GELAP ? 
SIANG ada pada kita MALAM pun ada pada kita.

SIANG adalah TERANG dan Yang Terang adalah DIRI dan MALAM adalah GELAP 
dan Yang Gelap ialah BADAN. 
Siterang letaknya DIDALAM dan Sigelap letaknya DILUAR. 
MASUKKAN itu MALAM kepada SIANG dan MASUKKAN itu SIANG kepada MALAM. Datangkanlah itu YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP. KELUARKANlah Yang Didalam dan KEDALAMKANlah Yang Diluar.
UNTUK itu REZEKI yang TIDAK TERDUGA-DUGA dan 
TERBILANG banyaknya yang akan kita PERDAPAT.

Semua orang takut mati kerana SALAH MEMAHAMI HIDUP. 
Dia takut ditinggalkan Hidup. 
Dari itu makanya dia takut mati. Mereka mereka SALAH PEGANG, 
salah tangkapan berpegang pada Yang Mati YANG DIANGGAPnya Yang Hidup
Sebenarnya Hidup, tidak diperdulikannya selama ini. 

Bagi kita berpegang pada Yang Hidup tidak akan takut mati kerana bagi kita Yang Hidup itu mestilah TIDAK ADA MATInya. Adalah DIA itu KEKAL dan ABADI mungkin BERPINDAH – pindah tempat.
Pembawaan hidup mereka mereka yang seperti itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi untuk kembali kepengkalan.
Perlalanan mereka KEBAWAH ( manakala ) perjlanan kita ( pula ) KEATAS. Mereka MENUJU KEMATIAN manakala kita pula MENUJU KEHIDUPAN YANG KEKAL dan ABADI.
SIANG adalah TERANG dan Yang Terang adalah DIRI dan MALAM adalah GELAP dan Yang Gelap ialah BADAN. Siterang letaknya DIDALAM dan Sigelap letaknya DILUAR. MASUKKAN itu MALAM kepada SIANG dan MASUKKAN itu SIANG kepada MALAM. Datangkanlah itu YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP. KELUARKANlah Yang Didalam dan KEDALAMKANlah Yang Diluar
Kau jangan bicara tentang keadaan zat tuhan kerana kau tak mampu untuk itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri mengenal tuhan” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.
AKU…….adalah kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya,bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat tuhan.kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan AKU,akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN.
AKULAH ………………..ketuhanan.
Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari tuhan membawa dan menerima suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.
Ingat-ingatlah wahai anak-anakku………..dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi mu.rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan rahsia ilahi………..
AKU adalah Rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha Esa Kini aku telah berbadan …Hidup didunia sebagai hamba.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar