Senin, 18 Januari 2016

LAUTAN NAFSU*

LAUTAN NAFSU*

Sebuah hamparan luas samudra bergelombang ribut mendesak kapal dipelayaran,
menggoncang kapal terumbang ambinglah si anak kapal. 
Ombak yang ganas meninggi awan memecahkan arah tuju kemudi pelayaran, 
pusaran angin yang datang menerpa kita tidak bisa dikawal lagi, 
kegoncangan kapal mendatangkan kekalutan ditengah samudra luas,
mengharap berlabuh ditepian namun pedoman hilang haluan, 
bergerak nya kapal menuruti angin terkadang tenang terkadang kencang, 
inilah nasib kapal menunggu masa karamnya ia...
dikanan laut dikiri pun laut didepan laut dibelakang pun laut arah mana yang perlu dituju
haluan mana yang patut di ikuti, panduan mana yang perlu di turuti si nakhoda bingung
kerana kapalnya hampir karam di obak abik oleh si ombak amarah yang tak terkawal. 

Lautan nafsu gembira riang bila kapal hampir tenggelam, 
nakhoda kini hilang panduan arahtujuan ditelan gelombang.

Lautan yang kau lalui itu umpama perjalanan hidupmu yang penuh ranjau dan duri, 
maka ia akan membawa dan menarikmu kearah itu,,,,lalu apakah yang kita perlu lakukan, ajakan nafsu semakin kuat, amalan yang dibawa semakin melarat, 
bingung dan bosan semakin melekat, tak tau apa yang hendak dibuat.

Wahai insan ingatlah olehmu…..
hawa nafsu jangan kau jadikan guru 
kerana ia adalah ujianmu kelak kau merana badanmu lesu. 
Bergerak lah kamu dijalanku akan kau lepas dari ikatannya kerana 
jalanku jalan bahgia kesemua itu akan binasa.

Cucikanlah 7 nafsumu itu dengan cara ajaran ini, 
bergerak dengan daya kuasa nur ilahi akan menerangi. 

Gagalnya amal kerana nafsu kerana mahu cepat ketemu . 
Sesungguhnya ini adalah suatu desakan nafsu untuk membawa kejalan buntu. 

Sabarlah wahai teman 
aku ini seorang pengarang sama bergerak sama berjalan 
tidak terlepas dari ajakan nafsu dan setan, 
ikutilah jalan ini 
cucikanlah hati nurani biar ia tetap berseri umpama terangnya Nur Ilahi.

Bila kau dapat mengawal nafsu kau akan mendapat warid yang sejati, 
akan tetapi setiap mujahadahmu itu akan berlakulah perubahan pada jiwamu, 
muhasabah diri itu yang ditekankan 
supaya kita tahu akan kedudukan tahap mana 
didalam perjalanan supaya hidup menjadi tenang.

1-amarah syaitan kedudukannya
2-lawammah binatang kedudukannya
3-mulhimmah malaikat kedudukannya
4-mutmainnah insan kedudukannya---inilah kedudukan yg sempurna iaitu insan.
5-rodiah redho martabatnya
6-mardiah diredhoi keadaannya
7-kamaliah nurlah dirinya

Dua kedudukan yang kita perlu tempuh 
maka bersungguh-sungguhlah didalam amalmu,
serahkanlah pada yang kuasa,
gunakanlah jalan ini dengan meningkatkan martabatmu,
tanda-tanda kau telah naik martabat kau sendirilah yang tahu…
akan tetapi pesanku kepadamu.....

Lebih baik kau jangan ambil tahu pada kedudukanmu 
kerana ia akan mendatangkan petaka
buatmu iaitu...sifat2 mazmummah...
biarlah kita beramal 
dalam keadaan kita tidak tahu akan kedudukkan kita disisi Allah,
cukuplah dengan martabat hamba.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar