‘( Assalammualaikum semua sahabat fb ku dan selamat malam)
mati kan dirimu sebelum kamu mati’.
Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad,
tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya,
hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati
dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya.
Maka mati diri sebelum mati itu ialah
dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu
tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh).
Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi,
iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua.
Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu
antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu
dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain
melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri
kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri
sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’.
Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’
dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah,
dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas,
dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah
yang mengerakkan sekeliannya.
Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi
pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.
Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan
segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad
ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar