Selasa, 19 Januari 2016

MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,, 
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.

ALLAH KAU KU CINTA
ALLAH KAU KURINDU
ALLAH KAU DI HATI
ALLAH CINTA-MU RINDU-MU

TELAH KUUKIR DI HATI INI
AGAR AKU SENTIASA INGAT
CINTA-MU RINDU-MU
ALLAH BERCINTA DENGAN-MU MEMBAHAGIAKAN

INDAH TERLALU INDAH SEHINGGA AKU 
TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MENYEBUT NAMA-MU RASA TAK JEMU
MEMANDANG NAMA-MU RASA TERPESONA
CIPTAAN-MU SEMUA-NYA SEMPURNA INDAH
SEMUA-NYA MEMBERI MANFAAT BUAT 
SEMUA YANG HIDUP MENUMPANG DI MUKA BUMI-MU INI 
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

ALLAH KAU KU CINTA
ALLAH KAU KURINDU
LAGI KUCINTA
LAGI KURINDU
KAU SENTIASA SUDI MEMBALAS CINTAKU
KAU SENTIASA SUDI MEMBALAS RINDUKU
SEKALI AKU JATUH CINTA

BEKALI-KALI KAU BALAS CINTA
HINGGA AKU MALU SENDIRI
BETAPA MAHA AGUNG-NYA CINTA-MU
BENARLAH KAU PENCINTA YANG LAYAK DICINTAI 
SAMPAI SYURGA KAU BALAS CINTA
HINGGA SATU SAAT NANTI 
DI KALA SEMUA PENGHUNI SYURGA 
AKAN MELIHAT WAJAH-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ITULAH NIKMAT SEGALA NIKMAT 
YANG DIRASAI OLEH SEMUA AHLI SYURGA
SETELAH MERASAI NIKMAT BALASAN SYURGA-MU
TAK SABAR KAMI MENUNGGU SAAT MEMANDANG 
WAJAH-MU YA ALLAH
SUBHANLLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SAAT-SAAT YANG PALING TERINDAH ANUGERAH-MU
UNTUK SEMUA HAMBA-MU YANG KAU CINTA
YA ALLAH KAU KUCINTA
CINTA DIBALAS CINTA
RINDU DIBALAS RINDU
CINTA DAN RINDU INI
TAK AKAN PERNAH TERPADAM
HINGGA AKHIR NAFAS MENCINTAI-MU
MAKA IZINKAN 
LEMBUTKAN LIDAHKU 
UNTUK MELAFAZKAN 
KALIMAH SYURGA-MU
LAAILLAA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
YA ALLAH YA RASULULLLAH
ALLAH DI HATI ALLAH DI KALBU
MUHAMMAD KEKASIH ALLAH
MUHAMMAD PENCINTA UMMAT
MENCINTAI MUHAMMAD KEKASIH ALLAH
ALLAH MENCINTAI HAMBA-NYA YANG MENCINTAI MUHAMMAD
YA ALLAH YA RASULULLAH
AKU MAHU MENJADI KEKASIH ALLAH
AKU MAHU MENJADI UMMAT MUHAMMAD MENCINTAINYA
YA ALLAH YA RASULULLAH
BETAPA INDAH HIDUP INI
ALLAH DAN MUHAMMAD 
SENTIASA DI KALBU SENTIASA DI JIWA
CINTA...CINTA...CINTA....
RINDU...RINDU...RINDU...
CINTA DAN RINDU TIADA PENGHUJUNG-NYA
YA ALLAH YA RASULULLAH
SEBELUM KAMI TERPEJAM MATA
IZINKAN KAMI
BERHIDUP DALAM KEBAJIKAN
YANG KAU SUKA KAMI LAKUKAN
APA YANG KAU SUKA ITU YANG KAMI SUKA
APA YANG KAU BENCI ITU YANG KAMI BENCI
MAKANYA JADIKAN KAMI 
SEPERTI PEKERTI AHLI SYURGA BERHATIKAN SYURGA
DI SYURGA TAKKAN ADA 
BAHASA YANG SALING MELUKAKAN
SEMUANYA SALING MEMBAHAGIAKAN
SEMUANYA SAYANG MENYAYANGI
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG
KERANA DI SYURGA TIDAK DIIZINKAN 
HATI DENGKI-DENGKIAN
IRI HATI BUSUK HATI DENDAM KESUMAT
TIADA EGO SOMBONG BONGKAK
SEMUANYA MERASA DIRI SEORANG HAMBA ALLAH 
SEMUANYA SALING HORMAT MENGHORMATI
SALING BERKASIH SAYANG DEMI-MU
SALING BEKERJASAMA DALAM KEBAJIKAN
SABAR APABILA DIUJI
TERIMA QADA DAN QADAR DENGAN REDHA
SALING MEMAAFKAN SAUDARA SEISLAM
SUKA MEMANJANGKAN SILATURRAHIM
BERKATA-KATA SEOLAH ITULAH BICARA TERAKHIR
SELAGI ADA PELUANG BUAT KEBAIKAN 
AKAN DILAKUKAN TANPA MENANGGUHKAN LAGI
HARTA YANG ADA DIINFAKKAN KE JALAN ALLAH
BERBAKTI SEOLAH MAHU HIDUP SERIBU TAHUN LAGI
BERAMAL SOLEH SEOLAH ESOK AKAN MATI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
YA ALLAH YA RASULULLAH
SYURGA ITU LUAS SELUAS LANGIT DAN BUMI
MALAH LEBIH LUAS DARIPADA ITU 
SYURGA BALASAN HAMBA-MU YANG TAAT PERINTAH-MU
SYURGA ANUGERAH-MU
PADA SEMUA YANG IKHLAS BERAMAL SOLEH KERANA-MU
JIKA TIADA SIFAT SEPERTI AHLI SYURGA BERHATI SYURGA
SYURGA ITU BUKANLAH TEMPATNYA
MAKANYA DENGAN BELAS KASIHAN-MU YA ALLAH
JADIKAN KAMI HAMBA-MU SEPERTI 
AHLI SYURGA BERHATIKAN SYURGA
KAMI BERAMAL SOLEH 
KAMI BERBUAT KEBAIKAN KEPADA MAKHLUK-MU
BUKANLAH KERANA SYURGA-MU YA ALLAH
TAPI KAMI MAHU DIPILIH SEBAGAI AHLI SYURGA-MU
AGAR DAPAT MELIHAT WAJAH-MU DI SYURGA-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
..............................................................
MENCINTA-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
22 Zulhijjah 1434H
27 Oktober 2013
HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU
MENCINTAI-MU ALLAH
MEMBAHAGIAKAN
JIWA JADI TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
MENYEBUT NAMA-MU
HATI BERGELORA MEMBARA-BARA
HIDUP MATIKU HANYA UNTUK-MU
MEMBACA KALAM-MU
MASYA-ALLAH BAHASA YANG TERSUSUN INDAH
TIADA SEORANG PENYAIR DI DUNIA INI
DAPAT MENANDINGI BAHASA-MU
KEBIJAKSANAAN MESEJ DALAM KALAMULLAH-MU
TERSIRAT TERSURAT
DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN MANUSIA
SEGALA ILMU
SEGALA HIKMAH
SEGALA PENGAJARAN
DARI SEBELUM DUNIA INI DICIPTAKAN
SEHINGGA DUNIA INI QIAMAT
KEINDAHAN SYURGA DAN PENGHUNINYA
KEPEDIHAN SEGALA AZAB API NERAKA
SEMUA-NYA JELAS
BENARLAH TANPA RAGU
HANYA ENGKAULAH YANG LAYAK DISEMBAH
TIADA TUHAN LAIN DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ALLAHU AKBAR
ENGKAU LAH TUHAN SEMESTA ALAM
TUHAN YANG MENGUASAI HARI AKHIRAT
TIADA SEORANGPUN YANG TERLEPAS
WALAUPUN SEBESAR ZARRAH
SEMUA-NYA DALAM PERHITUNGAN-MU
KAU HITUNG DENGAN SEADIL-ADIL-NYA
DI HARI PENUH PENGHARAPAN DALAM DEBARAN
MENGHARAP SEMATA-MATA HANYA
PERTOLONGAN-MU
KETIKA ITU SEMUA-NYA
BARU YAKIN SEYAKIN
KAU MAHA BERKUASA SEGALA-GALA-NYA
KETIKA ITU TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENOLONG
KECUALI AMALAN YANG DIBAWA

JIKA AMALANKU TIADA APA YANG HENDAK KUCAGARKAN
HARTA ANAK PINAK TAK AKAN DAPAT MENOLONGKU
BIARPUN AKU PUNYA HARTA SEPENUH BUMI
TAK AKAN DAPAT MENEBUS AKU MERINGANKAN TIMBANGANKU
MALAH HARTA YANG AKU BANGGAKAN MENJERUMUSKAN AKU
KE DALAM API NERAKA
KELUARGA YANG AKU SAYANGI TIKA DI DUNIA
MASING-MASING SUDAH TIDAK MENGENALI AKU
MASING-MASING SALING MENYALAHKAN
KERANA AKU GAGAL DALAM TANGGUJAWABKU
MENDIDIK MENGAJAK MEREKA KE JALAN-JALAN-MU

MALAH MENYALAHKAN AKU...
AKU HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI...
AKU SAJA YANG MAHU MASUK SYURGA...
DAN MEMBIARKAN MEREKA TERUS HANYUT DALAM KELALAIAN DUNIA YANG MENIPU....
JIKA INI TERJADI APA YANG HENDAK KUJAWAB PADA TUHAN... 
MALU AKU TUHAN..
ANAK PINAK KU MENGATAKAN AKU TIDAK ADIL MASUK SYURGA 
SEDANGKAN MEREKA MASUK NERAKA...
DAN SELAGI MEREKA TIDAK DIMASUKKAN SYURGA ...
AKU PUN TIDAK LAYAK DIMASUKKAN KE SYURGA...
ALLAHU AKBAR! 
PASTI SAAT-SAAT YANG SULIT APABILA TERJADINYA SALING SALAH MENYALAH 
DI HADAPAN TUHAN....
ITU BARU DENGAN TANGGUNGJAWAP PADA KELUARGA...

PADA MANUSIA LAIN YANG AKU HUTANG DENGANYA, 
YANG AKU ZALIMI DENGANNYA 
YANG AKU SAKITKAN HATINYA Y
ANG AKU PUTUSKAN SILATURRAHIM DENGANNYA DAN 
YANG AKU UMPAT KEJI DENGANNYA

ALLAHU AKBAR 
TERLALULAH BANYAKNYA YANG AKAN MENJADI HITUNGAN KU DI HARI ITU
SIAPA KATA MENJADI AHLI SYURGA ITU MUDAH
MUDAH BAGI MEREKA YANG SUDAH TIDAK MEMANDANG DUNIA INI 
MATLAMAT SEBENARNYA BERHIDUP
DUNIA INI BAGINYA ADALAH LADANG DAN KESEMPATAN 
UNTUK DIA BERAMAL DENGAN AMALAN YANG DIREDHAI-NYA SAJA

JAGA PERBUATAN
JAGA TUTUR KATA
JAGA PERSAUDARAAN
JAGA AMALAN

APA YANG DIBUAT SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA
BUKAN UNTUK DIPANDANG DIPUJI MANUSIA
SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI
HANYA KEPADA ALLAH 100%

SEBAGAIMANA PERGANTUNGAN DAN PENGHARAPAN DI AKHIRAT NANTI 
HENDAKNYA DIRASAI KETIKA NYAWA MASIH ADA 
AGAR KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN DAPAT PERHATIAN DARIPADA ALLAH 
UNTUK MEMAKBULKAN SEGALA HARAPAN DAN PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI...

JIKA SETELAH MATI DAN KETIKA DI HARI AKHIRAT BARU HENDAK MENYESAL 
SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI 

ALLAH TIDAK AKAN PERTIMBANGKAN 
MEMANDANG PUN TIDAK
ALLAHU AKBAR PASTI AKU MENYESAL KETIKA ITU....
YA ALLAH AKU TAK MAHU MENYESAL SESUDAH MATI

BIARLAH TIKA HIDUP INI AKU MUHASABAH DIRIKU SENDIRI
AGAR AKU TERTABIYAH UNTUK MENGHABISKAN USIAKU YANG TERSISA INI 
DENGAN PERGANTUNGAN DAN HARAPAN HANYA KEPADA -MU BUKAN MANUSIA ...

JIKA AKU SANDARKAN PADA MANUSIA 
BERMAKNA AKU TIDAK YAKIN DENGAN JANJI-MU

AKU TIDAK MAHIU BEGITU YA ALLAH...
KERANA HIDUP MATIKU HANYALAH ENGKAU KUPASRAHKAN SEGALA-NYA
KAU KUCINTA SEPENUH KEIMANAN
SELURUH HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU

AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
AKU YANG BERSTATUS HAMBA-MU SAMPAI AKHIR HAYATKU,
.
..............................................
24 Syawal 1434H
31 Ogos 2013M

‎Awang LD‎ ke KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
8 jam
'Menangis saya bila baca ,
 meremang bulu roma :')
 Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'
' Korang Baca 

jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan 
meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, 
lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan 
kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

‪#‎wahai‬ rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, 
sebarlah ilmu ini, 
agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, 
ikut islam sebenar benarnya, 
sesiapa yang mengajak kebaikkan, 
pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya 
tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... 
Allah always with us.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar