Selasa, 19 Januari 2016

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

Makna Awaluddin Makrifatullah adalah "awal agama dalam mengenal Allah". 
Mempelajari ilmu tauhid merupakan asas dalam agama Islam 
untuk mengenal Allah yang Maha Esa. 

Ilmu Tauhid merupakan dasar jiwa manusia dan merupakan ilmu yang wajib 
paling awal dan paling dahulu dipelajari sebelum ilmu yang lain. 
Sebab hanya dari jiwa yang bertauhid akan melahirkan cahaya ketaqwaan 
terhadap Allah SWT.

Tauhid maksudnya, mengetahui bahawa sesuatu itu satu. 
Menurut definisi secara lebih jelas tauhid iaitu; 
"Ilmu yang dapat menetapkan aqidah (tekad) keagamaan seseorang 
yang dicari (dikasab) dari dalil-dalilnya yang berdasarkan keyakinan". 

Yang dimaksudkan dalil-dalil yang dapat menimbulkan keyakinan itu 
berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli.

Banyak perkara yang kita ketahui dengan mempelajari ilmu tauhid 
jika dikaji dan dipelajari dengan teliti, 
umpamanya dari segi tujuannya (maudhu'nya) iaitu 
mengenai sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan jaiz bagi-Nya, 
kemudian mengetahui sifat-sifat rasul dan lainnya. 
Hasilnya (tsamrah) iaitu untuk makrifat (mengetahui) Zat Allah iaitu 
mempunyai iktikad yang teguh, tidak goyang, 
tidak ada keraguan dan sesuai dengan keadaan berdasarkan dalil-dalilnya 
dan bukan sangkaan atau dugaan tanpa dalil.

Sebab kepercayaan tanpa dalil atau sumber adalah kepercayaan yang hampa 
dan tidak berguna. 
Darjatnya (fadhilahnya) merupakan ilmu yang paling tinggi 
kerana bertalian dengan Zat Allah dan sifat-sifat-Nya. 
Kedudukannya (nisbahnya) adalah segala ilmu agama Islam 
dan ilmu-ilmu lainnya merupakan cabangnya.

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mewajibkan sesuatu yang lebih utama 
dari tauhid dan solat".

‪#‎paksyeikh‬

Tidak ada komentar:

Posting Komentar