Jumat, 22 Januari 2016

PASTIKAN KITA BERBANGSA MUHAMMAD

PASTIKAN KITA BERBANGSA MUHAMMAD

~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah
 asalnya 4 anasir iaitu tanah, air, api &angin, 
maka keempat2 itu asalnya dari satu jua iaitu 
asal tanah dari air, asal air dari angin, asal angin dari api, dan asal api itu ialah 
Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah...!

Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, 
maka yang bernama rohani itu lah tubuh Muhammad, 
sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad, 
maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan 
atas api neraka, dan sebab itulah maka 
tiada boleh meninggalkan sembahyang lima waktu, 
nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua.. 
muka babi, badan kera adanya.. barulah boleh dibakar api neraka.

Sabda Nabi SAW

"Barang siapa keluar masuk nafasnya 
dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir Allah, 
maka sia-sialah ia".

Bermula nafas itu atas dua langkah

-1) Naik

-2) Turun,

Maka tatkla naik itu sampai kepada tujuh petala langit 
maka berkata (Wan Nuu rull yajri ilall ardhi fakholla Huwallah )

Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi 
maka nafas nabi itu puji Allah, 
tatkala masuk nafas itu namanya puji 'HU'. 

Tatkala ia berhenti seketika 
antara keluar dan masuk nafas namanya puji 'AH - AH', 
dan ia tidur atau mati nafas HAQ dalam, 
maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu, 
dengan menghadirkan makna ini sentiasa, 
didalam berdiri, duduk dan diatas barang yang diperbuat 
hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya, 
maka apabila tetaplah tilik hatimu 
maka jadilah anggota hidup didalam dua negeri 
yakni dunia dan akhirat 
dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat, 
sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat 
dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi 
dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam kubur, 
maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku 
pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa.

 Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu, 
dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu.

Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu 
pada siang 12000 dan pada malam 12000, 
Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu 
pada siang 12 jam malam 12 jam. 

Demikianlah juga huruf Kalimah 'La Ilaha Ilallah' dan huruf Muhammad Rasullullah 
masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf semuanya. 
Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini 
nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. 
Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna 
nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam, 
inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan 
yang dinamai Solatul Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir.

Sabda Nabi SAW ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri )

Ertinya- 'Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku'.

Sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-
Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) 
ertinya- Bapa sekelian tubuh.

Adapun yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa, 
kerana nyawa itu memerintah kepada tubuh badan kita, 
jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah anggota badan kita.

↔Adapun Awal Muhammad itu Nurani.

↔Adapun Akhir Muhammad itu Rohani.

↔Adapun zahir Muhammad itu Insani.

↔Adapun Batin Muhammad itu Rabbani.

↔Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita.

↔Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita.

↔Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita.

↔Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita.

↔Adapun yang bernama Allah itu sifatnya.

↔Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud

↔Adapun yang bernama insan itulah nyawa.

↔Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya.


Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama (HU) dan 
tatkala ‘La Takyin’ Awal nyatanya ia bernama (Allah) dan 
tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama (Rahman).

Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan 
akan Takyin awal itu martabat zat( Muqaiyyid pertambatan) dan
 akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid )

Adapun yang bernama Zat Mutlak iaitu (Qhaibal Quyub) atau lenyap. 
Maka zat Muqaiyyid itu Muqaiyyid dengan sifat dan asma dan 
Muqaiyyid dengan alam ini.

Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik 
jalan segala orang yang mengenal Allah Taala...

Petikan dari Kitab :-
"ARWAH TOK KU PALOH (RAHASIA)"

Waallahualam. .. !

Tidak ada komentar:

Posting Komentar