Kamis, 19 Mei 2016

ISLAM KEMBALI DAGANG

ISLAM KEMBALI DAGANG
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]
Kembali kepada Iktiqad dan tauhid
Bersih dari sebarang syirik
Atau makrifatullah
Seperti diawal perjuangan Rasulullah SAW yang telah memperkenalkan hanya Allah sahaja Tuhan yang Esa yang perlu dipertuhankan, Tuhan selain dari Allah (termasuk hawa nafsu sendiri), firman Allah "tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai Tuhan"
Perjuangan awal Rasulullah SAW untuk memperkenalkan Allah sebagai Tuhan yang Esa yang telah membuatkan perjuangan permulaan ini menjadi asing di kalangan kaum kafir semasa itu..
Asas perjuangan untuk menegakkan kalimah tauhid dimuka bumi Allah inilah yang membuatkan perjuangan Rasulullah SAW dianggap asing oleh manusia pada masa itu...
Perjuangan Rasulullah SAW untuk menegakkan Agama Islam berasaskan kepada Dua kalimah syahadah inilah yang membuatkan perjuangannya dipandang asing oleh kaumnya pada masa itu...
Seperti yang disabdakan oleh rasulullah saw itu akan berulang sekarang ini kembali sebagai dagang, dipandang asing....
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran kembali kepada auwaluddin makrifatullah, awal agama mengenal Allah atau menetapkan iktiqad dan tauhid atau bersih dari sebarang syirik dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri, pandangan dan perjuangan sekumpulan kecil umat islam untuk kembali menegakkan iktiqad dan tauhid berasaskan kepada dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian kita dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri...
Perjuangan memperjuangkan bersih dari sebarang syirik atau berpegang dengan iktiqad dan tauhid adalah awal daripada islam, iman dan ikhsan, telah dipinggirkan, jika diperkatakan, masyarakat sekarang akan merasakan itu terlalu asing, cukup saja dengan mengetahui tentang ilmu tauhid sahaja, seseorang itu sudah bertauhid... Sedangkan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau bersih daripada sebarang syirik atau makrifatullah adalah perkara asas yang tidak boleh ditinggalkan...
Allah tidak akan ampun dosa syirik, Allah tak akan terima amal orang yang melakukan amalan didalam keadaan syirik......
Perjuangan sekumpulan kecil Islam yang menyeru supaya tidak mensyirikkan Allah melalui syirik secara terang atau syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi menjadikan kumpulan ini dipandang teramat asing dan mendapat pertentangan yang amat meluas dikalangan umat Islam sendiri, malah mereka-mereka ini sampai dihukum sesat oleh umat Islam sendiri... Bukankah perjuangan mereka ini seperti perjuangan rasulullah saw diawal perjuangan baginda dahulu iaitu untuk menegakkan iktiqad dan tauhid @ bersih dari sebarang syirik @ Awal agama mengenal Allah seterusnya menegakkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian mereka.
Mereka-mereka inilah yang telah dan sedang menerima tentangan hebat dari seluruh pelusuk dunia, dari orang kafir, dari pemerintah dan dari hampir keseluruhan umat Islam sendiri yang menghukum mereka sebagai sesat, seperti yang diterima oleh Rasulullah saw diawal perjuangannya dahulu..
Jika bukanlah kaum yang kecil ini yang sedang hendak menegakkan iktiqad dan tauhid ini yang mendapat tentangan dari segenap sudut sehingga dihukum sesat, kaum mana lagi yang boleh dimasukkan kedalam sabda nabi saw itu....
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]
Baginda ditanya,
“Siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]
Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”
Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”
Perjuangan kita umat Islam hari ini hendaklah bermula dari asas didalam Agama iaitu beriktiqad dan tauhid @ bersih dari barang syirik @ Awalluddin makrifatullah....
Sebut sahaja Tentang iktiqad dan tauhid, lihatlah sendiri berapa ramai yang akan menentang kita, berapa ramai yang akan menyesatkan kita..
Perjuangan kita pada hari ini untuk menegak dan menerapkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan seharian kita akan mendapat tentangan dari segenap aspek dari segenap sudut, lihat dan perhatikan lah sendiri kenyataannya ....
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah (Verse 105)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk.
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing.
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai.
Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan.
Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
APAKAH SUNNAH YANG TERLALU PENTING YANG TELAH DIMATI ATAU DITINGGALKAN....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar