Alangkah
baiknya kalau kita mahu merenungi diri kita sendiri barang sebentar!.
Pernahkah kita tafakur sebentar untuk menyelidiki keadaan diri kita
ini?. Semoga dengan tafakur itu dapat kita menyelidiki rahsia yang
terpendam dalam diri itu. Manusia adalah makhluk yang mulia diciptakan
Allah swt.
Kejadian Insan
Ayuhai insan!
Tahukah kamu asalmu?
Badanmu berasal dari tanah
Dan kembali ke tanah.
Apakah yang ada pada tanah?
Bolehkah ia bergerak dan berfikir?
Bolehkah ia menakluki bumi ini?
Sedarlah!
Tanahmu itu hidup dan bergerak kerana adanya jiwa
Jiwa itulah yang hidup dan menggerakkan.
Tahukah kamu dari mana asal jiwa itu?
Ia datang dari Tuhan dan kembali ke Tuhan
Kuatkanlah jiwa itu dengan membersihkannya
Bersihkan dari syirik
Kembali kepada Tauhid.
Jiwa yang beriman itu ibarat pedang
Yang dapat menumpaskan yang batal, noda dan dosa.
Ayuhai kamu yang lupa!
Jiwamu perlu diperkuat dengan Iman
Kembali ke Tuhan.
Kembali ke Tuhan dengan redha dan di redhai.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar