Senin, 16 Mei 2016

Taj Al-Arus Al-Hawi Litahzib Al-Nufus

Taj Al-Arus Al-Hawi Litahzib Al-Nufus

Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra memulai dengan kata:

“Hai hamba ! mohonlah taubat daripada Allah pada setiap masa”

Permulaan maqam itu adalah dengan taubat. Tanpanya tidak diterima apa yang dilakukan selepasnya – iaitu membersihkan sifat-sifat mazmumah sebelum dihiasi dengan sifat mahmudah.

“Ya Allah pindahlah diriku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat.”

Ketahuilah, seorang ibu yang kematian anak tiada kegembiraan baginya. Begitulah kegembiraan hanyalah bagi mereka yang mengumpul segala sifat kebaikan.

Sebahagian ulama bertanya pada seorang pendita: “Hai pendita, bilakah waktunya kita bergembira ?”
Lantas dijawabnya: “Di hari diampunkan dosa.”

Justeru, mohonlah taubat daripada Allah swt jika sekiranya diterima taubat. Sebaliknya jika tidak diterima, maka hendaklah kamu meminta tolong dengan Allah swt seraya berdoa sebagaimana firman Allah swt.:

“Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”. QS Al-A’raaf : 23

Waspadalah daripada nafsu yang berada diantara dua rusukmu yang boleh merosakkanmu, kerana nafsu tidak pernah meninggalkan tuannya sehingga tuannya mati.

“Sembunyikan kebaikan kamu seperti mana kamu sembunyikan keburukanmu”

Syeikh Abu Hasan Al-Syazili ra berkata: “Aku pernah menetap di sebuah perkampungan badwi selama 3 hari, kemudian datang sebahagian orang Nasrani lalu berhampiranku, sambil melihatku dalam keadaan bertongkat, mereka berkata: “Ini rahib orang Islam.” Lalu mereka meletakkan makanan disisiku dan terus berlalu.

Aku berkata: “Hairannya.. Bagaimana mungkin aku direzekikan melalui tangan musuh dan tidak melalui tangan kekasih (orang-orang islam)?”.

Kemudian mereka berkata: “Bukanlah lelaki sebenar mereka yang diberikan rezeki melalui tangan kekasih. Sebaliknya lelaki sebenar adalah mereka yang diberi rezeki melalui tangan musuhnya.”

“Hai lelaki, jadikan nafsumu sebagai tunggangan. Tatkala ia menyimpang dari jalan, pukullah ia supaya kembali ke jalan yang benar. Seperti juga yang kamu lakukan terhadap pakaianmu itu tatkala kotor, kamu basuhnya atau tatkala koyak, kamu tampalnya. Dengan demikian, kamu akan beroleh kebahaigan. Dan janganlah jadi seperti seorang yang janggutnya sudah memutih namun masih belum lagi mahu duduk bersama Allah swt untuk memuhasabah dirinya.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar