HAKIKAT YG DISEMBAH↔
HAKIKAT YANG DISEMBAH (SURAH AL IKHLAS)
Hakikat yang disembah tak tahu, iaitu:-
↔tak boleh disebut.
↔tak boleh kata.
↔tak boleh difikir.
↔tak boleh nak dikaji akan Hakikat Yang Disembah itu.
Tetapi ganti untuk kita nak sebut juga, dipanggil 'DIA'.
↔ hakikat yang disembah itu DIA.
↔tapi hakikatnya tak tahu.
↔ namaNya Allah.
Apabila sebut namaNya 'Allah' ganti daripada DIA yaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah.
Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zatul Haq:-
↔bahawa Allah itu AL – AHADU { Alllah Hu Ahad);
QUL–HUALLAH - HU AHADUN (ALLAH ITU AHAD).
↔Makna AHAD yaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.
↔Katakanlah : Dia Allah Yang Maha Esa.
Ahad itu menunjukkan bagi Sifat ataupun nama bagi Sifat yang menunjukkan Ahadiah Allah – Ahadiah Zat.. Zatul Haq.
Apa dia Ahadiah Zat?
↔yaitu Zat.. Rahsia.
↔Semata-mata Zat, ia tidak berserta sifat.
↔ia tidak berserta nama.
↔belum lagi dipangil dengan satu namapun.
↔itu lah Ahad.
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang dia tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. Al Insan(76) : 01"
YANG DISEMBAH.
Hakikat yang disembah itu:-
↔tidak boleh disebut
↔tidak boleh dikata
↔kelu lidah nak menyebutnya.
Hakikat Yang Disembah
↔ Hakikat yang kita minta tolong
↔ Hakikat yang kita berhadap;
Kelu lidah kita nak menyebutNya, itu hakikat Dia;
↔yang boleh sebut tu nama
↔ kalau nak dijadikan nama bolehlah sebut tetapi sebelum Dia jadi nama kelu lidah nak sebut, tak boleh sebut.
Kosong dalam akal fikiran nak memikirnya. Kosong! ↔kosong daripada fikiran.
↔Hakikat yang disembah itu tak boleh difikir.
Oleh kerana hakikat yang disembah itu
↔kelu lidah nak sebut
↔tuli telinga mendengar
↔buta mata melihat
Maka hakikat yang disembah itu digantikan dengan kalimat ↔DIA, baru boleh sebut, kalau tak ! tak boleh nak disebut.
Siapa yang menjadikan kamu? ↔DIA!
Nama apa ↔ALLAH! barulah boleh sebut.. Kalau tak ganti dengan Dia, tak ditukar dengan kalimat Dia, tak boleh sebut. Tak ditukar dengan nama Allah, tak boleh disebut. Begitu sekali bersalahannya Hakikat yang disembah itu; Muhalaqahnya.
Makna terang, kalau timbul yang tersembunyi barulah terang, kalau masih tak timbul lagi, masih duduk ragu lagi, sekarang yang tersembuyi itu ialah ↔Hakikat Yang Disembah.
Jadi Hakikat Yang Disembah ini lidah kita kelu nak sebut; akal kita tak boleh berfikir; buta mata melihatnya dan tuli telinga mendengarnya.
Oleh kerana begini Maha Tingginya ia – Maha Sucinya ia – Maha Besarnya ia – tidak berdaya makhluknya nak fikir tak boleh – nak sebut kelu lidahnya Hakikat Yang Disembah itu maka digantikan dengan kalimah ↔DIA (HU) – bila ganti Dia, baru boleh sebut; Dia tu banyak! Dia yang mana? Dia yang bernama ↔ALLAH.
Jadi nama Allah ini menerangkan kepada sesuatu, sehingga ternyatanya ↔AIN ZAT yang tersembunyi itu. Kalau begitu ia sungguhlah ada Zat kerana namaNya ada.
Tapi Allah bukan ↔ZAT. Ini ↔IKHLAS. Kalau selagi nampak bergambar, selagi boleh sebut, iaini ↔HAKIKAT YANG DISEMBAH itu boleh disebut dengan lidah, selagi itulah belum ikhlas. Itu dinamakan Surahtul Ikhlas. Suci sungguh – selesai sungguh – bersih sungguh Zat Allah Taala itu, Hakikat Yang Disembah itu sehingga nak sebut tak boleh; jika sekiranya Dia tidak izinkan.
"Masa datangnya (kiamat) tiadalah seorangpun dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. Hud(11) : 105"
Hakikat Yang Disembah itu ditukar dengan Kalimah ↔Dia yang bernama ↔Allah. Kalau tak – tak boleh kata apa, duduk senyap sunyi begitu, sehingga nak kata tak boleh tapi dengan kasih sayang rahmatNya, kemurahanNya maka dizinkan; maka digantikan dengan kalimah ↔Hua, bila kata ↔Dia barulah boleh mulut sebut.
Tapi nak fikir tak boleh juga, sebab bersalahan dengan segala yang baharu. Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka; bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri:
"Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. Saba(34) : 23"
Jangan bertuhankan ↔Kalimah. Jangan bertuhankan ↔Nama tapi kalau Dia tidak turunkan nama; tak boleh nak kata apalah kita, kelu – suara tak terbit juga, masih ada suara, bukan lagi!; begitu ikhlasnya hakikat yang disembah, sampai disini barulah ikhlas Tauhid seseorang itu. Barulah sampai maksud Kul Hua Allah Hu Ahad.
↔Barang siapa menyembah nama tanpa makna ↔sesungguhnya dia kafir.
↔Barangsiapa menyembah nama dan makna sesungguhnya dia musyrik.
↔Barangsiapa menyembah makna sesungguhnya dia tauhid.
Andaikata nama itu sama dengan yang dinamai, maka setiap ↔99 NAMA ada satu tuhan.
Tetapi Allah yg maha agung adalah suatu makna yg dirujuk kepada nama nama itu... sedangkan nama nama itu sendiri seluruhnya tidak sama dengan ↔DIA.
Assalamualaikum kepada semua sahabat.. dijemput berkomenter di disini.. moga kita lebih dapat memahaminya.. Insya Allah semoga diberi taufik dan hidayah.. Aaminnn!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar