Jumat, 19 Februari 2016

at-Thoriqoh an-Naqsyabandiyyah

© at-Thoriqoh an-Naqsyabandiyyah

Kertas Kerja Bertajuk:
"Al-Tariqah Al-Naqshabandiyyah Fi Malayziya"

Oleh: TG. Dr. Hj. Jahid bin Hj Sidek (Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya) 
dan TG. Dr. Hj. Mohd Bukhari Lubis (Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Malaya)

Bersempena:
"Multaqa at-Tasawwuf al-Islami al-'Alami"
Anjuran: Kerajaan Negara Libya
Tarikh: 22-24hb Rabiul Akhir 1424H bersamaan 16-18hb September 1995
Tempat: Tripoli, Libya

Dinisbahkan Thoriqoh Naqshabandiyyah 
kepada Syeikh Baha'uddin Muhammad Bin Muhammad al-Husaini al-Uwaysi 
(717 - 791 Hijrah bersamaan 1317 - 1388 Masehi). 
Diambil Thoriqoh ini daripada Junjungan Nabi Besar Muhammad S.A.W. 
yang mengajarkannya kepada Khalifah yang pertama Saidina Abu Bakar as-Sidiq R.A. 
dan dengan sebab itu zaman tersebut dikenali Thoriqoh ini dengan nama 
Thoriqoh Siddiqiah. 
Dan apabila sampai zaman Shaikh Abi Yazid Bistami Q.S. 
dikenali pula dengan nama Thoriqoh Taifuriah. 
Dan ketika sampai ke zaman Khawajah 'Abdul Khaliq Gujdwani Q.S 
berubah namanya kepada Thoriqoh Khawajakaniah. 
Dan akhirnya di zaman Hadrat Shaikh Baha'uddin an-Naqshabandi QS 
berubah namanya sebagai Thoriqoh Naqshabandiyyah.
Dan dibahagikan Thoriqoh Naqshabandiyyah itu kepada beberapa cabang yang penting:

1. al-Naqshabandiyyah al-Ahrariyyah 
yang dinisbahkan kepada Shaikh Nasiruddin 'Abdullah al-Ahrar QS (Wafat 1890H/1470M)

2. al-Naqshabandiyyah al-Mujaddidiyyah 
yang dinisbahkan kepada Shaikh Ahmad Faruqi as-Sirhindi yang digelarkan 
dengan Mujadidi alf thani QS (Wafat 1034H/1619M)

3. al-Naqshabandiyyah al-Mazhariyyah 
yang dinisbahkan kepada Shaikh Shamsuddin Habibullah Jan Janan Mazhar al-'Alawiy QS (Dilahirkan 1113H/1698M)

4. al-Naqshabandiyyah al-Kholidiyyah yang dinisbahkan kepada
 Shaikh al-Khalid al-'Uthmani QS (Wafat 1242H/1827M)

Sesungguhnya telah berkembang Thoriqoh Naqshabandiyyah Kholidiyyah 
dan memberi kesan ke atas kaum Muslimin 
terutamanya di Indonesia dan Malaysia sekarang. 
Dan telah berkembang juga Thoriqoh Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah 
ke utara tanah air iaitu di Negeri Kedah Darul Aman. 
Akan tetapi kesan Thoriqoh tersebut tidak dapat dilihat lagi sekarang 
disebabkan ketiadaan pemimpin yang 'benar-benar' 
menjalankan dan mengamalkan Thoriqoh tersebut.

Umumnya diberikan penekanan oleh Thoriqoh Naqshabandiyyah Kholidiyyah 
ke atas amalan zikir yang asas seperti berikut:

1. Zikir Ismu Zat, Allah... Allah... Allah... 
secara khafi yang dihantar terus ke 
(1) Latifah Qalbi, dan 
(2) Latifah Ruh, dan 
(3) Latifah Sirr, dan 
(4) Latifah Khafi, dan
 (5) Latifah Akhfa' dan 
(6) Latifah Nafs, dan 
(7) Latifah Kuli Jasad. 
Kemudian disambung dengan zikir Nafi Isbat dan Muraqabah 
seperti Muraqabah Ahadiah dan Muraqabah Ma'iyah dan yang seumpanya.

2. Zikir Tahlil Lisan (La Ilaha Illa Allah)

3. Khatam Khawajakan. 
Dan di dalamnya dibacakan ayat suci al-Quran Surah al-Fatihah 
kemudian Selawat ke atas Nabi SAW kemudian dibacakan Surah al-Insyirah, 
dan Surah al-Ikhlas dan surah-surah yang lain.

4. I'tikaf/Khalwah/Suluk dalam tempoh 10 hari atau 20 hari atau 30 hari atau 40 hari.

[ Thoriqoh Naqshabandiah Di Malaysia ]

Wujud di Malaysia beberapa Thoriqoh pada masa sekarang 
dan sebahagiannya Thoriqoh Naqshabandiyyah Kholidiyyah 
dan Shatariyyah dan Dharqawiyyah dan Qadariyyah dan Samaniyyah dan Ahmadiyyah dan sebagainya. 
Daripada jumlah yang banyak tersebar 3 Thoriqoh iaitu 
Thoriqoh Naqshabandiyyah Kholidiyyah dan Ahmadiyyah (Idrisiyyah) dan Qadariyyah.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, 
sesungguhnya Thoriqoh Naqshabandiyyah telah sampai ke Malaysia daripada Indonesia seperti Hadrat Syaikh Ismail al-Minangkabawi dan Shaikh 'Abdul Wahab Rokan Babussalam. Selain itu terdapat juga dua penyebar yang berpengaruh 
bagi Thoiqoh Naqshabandiyyah daripada pendakwah di Sumatera 
dan kedua mereka ialah Syaikh Dr. Jalaluddin (Wafat 1975M) 
dan Profesor Qadirun Yahya (Wafat ?). 
Kedua-dua mereka berpengaruh besar 
dalam mengembangkan Thoriqoh Naqshabandiyyah di Malaysia.

Sumber:
Tariqah Naqshabandiah Khalidiah

Bertarikh:
Rabu, Oktober 14 2009

--- --- --- --- --- --- ---

TUHAN (ALLOH Ta'ala) telah 'meletakkan' Kekasih-KekasihNYA 
(Sang Guru Mursyid Pembimbing Ruhani) di setiap pelusuk bumi ini.
 Carilah kita, demi 'kebahagiaan' yang Haqiqi

#keindahanjalananTUHAN 
#tasawwufsufi 
#sufi 
#sekepingtintamerah 
#selembarhatiemas — bersama Ayif Ae.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar