Bismillahirrahmanirrahim
MENGENALI RASA..
DIA ada pada setiap "Rasa" yang "Hidup",
DIA ada pada setiap ke"mati"an sepanjang zaman dan keabadian
DIA ada untuk dan pada setiap hati dan jiwa.. ~>
tak perduli dia bercahaya atau tidak,
tak perduli pada jiwa yang suci atau hina...
Tiada satu tempat tanpa kecuali...,
tanpa Cinta Kasih Sang Maha Suci
Tiada satu makhluk luput dari Nur-NYA,
kecuali kemunafikan kerana terhijab kesombongan
Tiada yang mampu atau tak mampu..,
semua memiliki dan diberi waktu..,
bukan kerana kehendak atau keinginan Sang Guru..,
namun Sang Khalik penentu semua takdir itu
jika "RASA" yang bicara
jika "RASA" yang bekerja,
jika "RASA" yang bertahta,
maka tidak ada yang boleh dijelaskan...,
kerana tidak ada penjelasan yang layak dimengerti atau dipertanyakan,
kerana itu tidak cukup untuk merealisasikan apa yang terjadi dan dialami,
kecuali kemesraan diri dan sang Diri...
Terpanalah aku padaMU, kerana dimana2 hanya ada Engkau...
Cukup yang kutahu adalah Sejatiku,
kerana hanya Engkau yang menemani hidup dan matiku
Terpesonalah aku padaMU,
kerana disetiap saat kudapati senyuman Engkau...
Cukup aku sendirian,
kerana dalam sendiri Engkau menyatu dalam seluruh rasa hakiki
Terbiar aku dari lelapku, kerana larut dalam hangatMU..
"*Terjaga" lebih baik daripada "Tidur*"
Bisu aku dari suaraku, kerana malu dan takjub akan bisikanMU..
Lebih baik diam, kerana hanya DIA yang mampu mendengar
Tertunduk aku dan kuasingkan sang waktu, demi berlama2 menghirup harum nafasMU...aku bicara melalui qalbu, kerana Dirimu setia beri Cinta dihatiku
Wahai jiwa yang putus asa..
tahukah engkau asa yang paling mulia, bukan berharap pada sesuatu yang mengikat, bukan bersandar pada sesuatu yang masih berkutat di dunia nalar,
tiada hidup selain Cinta,
tiada kebahagiaan selain kedamaian Kasih di dunia hati yang terdalam,
DIA lah Cinta Kasih Tuhan, yang tak bersyarat, tiada tandingan dan tak berkesudahan...
Maha Cinta dari segala sifat,
rasa dan kehendak,
berlari dan raihlah IA semata,
lepaskan duka,
surutkan lara,
sucikan hati dan rasa...
Sementara "saat ini" adalah waktu tepat dan bijak mendewasakan kesedaran diri,
bukan nanti atau esok hari...
Penuh kesedaran,
lalu bawalah segenap kerinduanmu sebagai hamba
yang hanya berhajat akan CintaNYA semata, di atas yakinmu dan imanmu..
Hijrahlah kepada hakikat,
agar niat dan jalanmu tiada tersesat,
sesungguhnya insaf adalah amal yang nikmat..
Aamiin Yaa Rabbal Alamin..
~selain "DIRI" Hakiki,
maka siapapun,
tidak ada yang mampu menjamin
ketenangan dan kebahgiaan hidup seseorang,
kecuali hijab dari kemelekatan...
~Sungguh ALLAH maha Pengasih dan Penyayang,
tiada si hina,
tiada si munafik dan pendosa,
adapun ujian dan segala perkara pahit dan berat adalah KasihNYA,
RahmatNYA dalam menyucikan kembali jiwa2 hambaNYA
yang teramat diKasihiNYA~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar