Selasa, 12 April 2016

Jom Dakwah Bersama Ulama ada di Facebook. Untuk terhubung dengan Jom Dakwah Bersama Ulama, gabung dengan Facebook hari ini.

Gabung Masuk

Jom Dakwah Bersama Ulamabersama Zaira Zaria.

9 Mei 2014 pukul 17:54 · 

Di Asia Tenggara ini adalah yang paling subur berkembangnya Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi dan sebahagian yang dapat dikenal adalah 41 banyaknya menurut catatan oleh sebahagian ulama yang mengetahuinya.

01. Tarekat Naqsyabandiyah

02. Tarekat Qadiriyah

03. Tarekat Syazaliyah

04. Tarekat Rifaiyah

05. Tarekat Ahmadiyah

06. Tarekat Dasuqiah

07. Tarekat Akrabiah

08. Tarekat Maulawiyah

09. Tarekat Kubrawiah

10. Tarekat Sahruwardiah

11. Tarekat Khalwatiah

12. Tarekat Jalutiah

13. Tarekat Baktasyiah

14. Tarekat Ghazaliah

15. Tarekat Rumiah

16. Tarekat Sya'diyah

17. Tarekat Jisytiah

18. Tarekat Sya'baniah

19. Tarekat Kalshaniah

20. Tarekat Hamzawiah

21. Tarekat Biramiah

22. Tarekat Alwiyah

23. Tarekat Isyaqiah

24. Tarekat Bakariah

25. Tarekat Umariah

26. Tarekat Usmaniah

27. Tarekat Abbasiyah

28. Tarekat Haddadiah

29. Tarekat Ghaibiah

30. Tarekat Chidriah

31. Tarekat Syathariah

32. Tarekat Bayumiah

33. Tarekat Maulamiah

34. Tarekat Idrusiah

35. Tarekat Sunbuliah

36. Tarekat Ausiah

37. Tarekat Anfasiah

38. Tarekat Samaniah

39. Tarekat Badawiah

40. Tarekat Sanusiah

41. Tarekat Husofiyyah

Demikianlah 41 Tarekat ini mempunyai hubungan salasilah 
yang bertawasul dengan segala salasilah masyaeeh-masyaeeh ahlus shufi 
hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Tidaklah diperdapat ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini 
dengan mudah begitu saja seperti mengaji ilmu syariat, 
kerana disini ada beberapa syarat yang perlu diutamakan terlebih dahulu. 
Yang paling utama untuk mengambil ilmu ini adalah 
dengan dibai'atkan atau ditalkinkan daripada mulut guru mursyid kamil mukamil 
yang masuk dalam rantai salasilah Ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi 
yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah S.A.W, 
yang mana Baginda juga ditalkinkan oleh Malaikat Jibril A.S di Gua Hira'.

Jangan disangka mengambil ilmu ini Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini 
seperti belajar ilmu Syariat yang zahir 
seperti duduk di bangku sekolah di dalam kelas 
dengan pakai papan hitam dan kapur oleh guru yang mengajar 
dan si murid pakai pena dan buku tulis untuk menyalin 
dan dibawa pulang untuk dihafal, diingat 
dan nanti akan ditanya dan diuji supaya naik kelas. 
Bukan sekali-kali bukan, itu cara ilmu zahir. 
Adapun ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini adalah 
seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa di Bukit Thursina 
sampai ia menerima kitab Taurat 
buat panduan dirinya dan panduan kaum umat Bani Israel.

Begitu juga yang dilakukan 
oleh Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W 
hingga menerima Wahyu Al-Qur'an 
buat panduan dirinya dan seluruh umat manusia. 
Yakni dengan berkhalwat atau bersuluk 
mengasingkan diri dari dunia orang ramai iaitu 
dunia yang menipu daya manusia.

Sudah menjadi kaedah Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi , bahawa 
tidak sebarangan orang yang boleh masuk ke dalam ilmu Tarekat ini 
kerana memang demikian dasarnya 
sejak Rasulullah S.A.W masih hidup lagi 
dan apatah lagi nama Baginda 
tidak tercatat dalam daftar wali-wali pada azali. 
Dan itulah sebab tidak rasmi sebagai rasminya ilmu zahir syariat tadi.

Sesudah Allah memerintahkan solat 5 waktu 
kepada Baginda Rasulullah S.A.W dan umatnya 
pada malam Israk Mikrajnya itu, 
maka Allah berkata pada Rasulullah S.A.W :

" Ya Muhammad ! Aku berikan engkau 3 macam ilmu "

Satu ilmu untuk engkau dan ajarkan untuk seluruh umat manusia. 
Itulah ilmu zahir ( Syariat Zahir )

Satu ilmu lagi untuk engkau dan pilihlah di antara sahabat engkau. 
Itulah ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ( Syariat Bathin )

Dan yang satu lagi hanya khusus untuk engkau 
dan tidak boleh diberikan walau pada siapa jua pun. 
Itulah ia ilmu Hakikat Rahsia. 
( antara kita dan Allah sahaja. 
 Diharamkan menyatakan kepada sesiapa jua pun )

Kenapakah Allah aturkan sedemikian ?

Sepeti bantahan orang-orang awam ! 
Sesungguhnya laut tidak sama dalam, 
pokok di hutan tidak sama tinggi, 
tanah tidak sama rata, 
begitu juga otak manusia, 
akal dan fikir ilmu orang Islam itu tidak sama kuatnya 
untuk menerima yang berat-berat dan pelik itu, 
ditakuti jadi gila sebab kualiti dan kuantitinya tidak sama. 
Tidaklah ia berdosa 
kalau ditegah memasuki ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini 
kalau otaknya lembik ( otak beku ).

Tetapi bilamana otaknya tajam, cerdas, berakal, waras, 
maka pelajarilah terlebih dahulu 
ilmu tauhid, 
ilmu usuluddin, 
ilmu sifat 20, 
ilmu tahqiq, 
ilmu hakikat dan 
ilmu tasawuf. 

Jika dengan mempelajari ilmu-ilmu tersebut 
ia tidak pitam, tidak pening lalat, tidak gila, 
maka bolehlah ia mempelajari ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi.

Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini amat halus, 
seni, dalam dan cukup tinggi fahamnya. 
Nyaris-nyaris tidak dapat diterima oleh akal manusia biasa, 
apatah lagi orang awam ini. 
Itulah ia amal para Rasul, 
para Nabi sejak dari Nabi Adam A.S, 
amal para Aulia, 
para ahli Sufi, 
ahli Ma'rifat, 
ahli Hakikat dan 
ahli Tarekat Tasawuf.

Ilmu alam ghaib yang berada di sebalik yang nyata ini disebut methapisica 
yang hanya dapat dikenal dengan Rasa ( Zuq-Wildan ) atau Zuq Musyahadah. 
Bukan dikenal dengan panca indra atau akal fikiran biasa 
seperti ilmu pengetahuan secara ilmiah. 
Dan jika mereka ini beramal, 
jauh berbeza daripada amal-amal ahli zahir. 
Amal-amal ahli zahir adalah amal-amal ( Zikir Hasanah ) 
tanpa syarat dan khaifiat 
kerana mengharapkan pahala dan balasan syurga ( ghairullah ).

Tetapi ahlus Shufi lengkap dengan syarat-syarat dan khaifiatnya, 
beramal dan berzikir itu ( Zikir Darajah ) 
bukan mengharapkan pahala, bidadari, syurga dan segala isinya 
tetapi mengharapkan Tuan yang Empunya Syurga itulah 
yang menjadi tujuannya dan begitu juga redha-Nya. 
Itu sebablah semua ahli sufi itu menyesuaikan dirinya 
dengan doa yang berbunyi :

" Ya Allah ! 
Engkaulah maksud aku dan redha Engkaulah yang aku cari. 

Bukan seperti ahli zahir yang belum kenal Allah, 
dia hanya bermaksud pahala, syurga dan menuntut bidadari 
sebagai upah penatnya meramal ibadat di dunia ini "

Wallahualam

------------
Hadis sohih kelebihan Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w

Hadith Sahih. 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
“Bacalah selawat kepadaku 
kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua 
dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” 
[ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, 
Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; 
“Tiada seseorang pun 
yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),
melainkan Allah mengembalikan rohku 
sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” 
[Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,
Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
“sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, 
maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” 
[Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Hadith Sahih. 
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali,
 maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali d
an akan dihapuskan daripadanya dosa
 dan diangkat baginya sepuluh darjat.” 
[Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]

Hadith Sahih. 
Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
“Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah 
orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
 [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 
dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. 
Riyadus Salihin -1395 ]

Hadith Sahih. 
Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib 
(semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa 
Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :
”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu 
tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?

”maka kami(para sahabat) menjawab : 
“Baik benar Rasulullah!” 
Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: 
“ Orang yang disebut namaku di hadapannya, 
maka tiada ia berselawat kepadaku, 
itulah manusia yang paling bakhil.!”

[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,
no : 311.Riyadus Salihin -1440. 
Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. 
Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

Hadith Hasan. 
Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : 
“Doa seseorang itu terdinding (terhalang) 
sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. 
Hadith Hasan]

Hadith Sahih. 
Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,
Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : 
“Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis 
di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah 
dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.
melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). 
Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; 
dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]

Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

Wallahualam
------------

*Kepada yang suka menyesatkan ahli sufi, 
berhentilah menyesatkan orang. 
Kalian tidak akan faham selagi kalian tidak mendalaminya.

Dari: HAMBA ALLAH

#malaysia, #indonesia #singapore #pattani#brunei

41 Kumpulan Sufi Tarekat Yang Subur di Asia Tenggara. Insyaallah

Bagikan

Hezrik Fitri dan 1.436 orang lainnyamenyukai ini.

Hazmi Husaini

tarekat tu apa ya Admin....???

1 · Sembunyikan · 13 Mei 2014

Jom Dakwah Bersama Ulama

jalan

Lihat 4 balasan

Yilidrim Tiung Darwish Hijau

Amalan Umat Islam yg sudah beratus bahkan lebih 1000 tahun yg cuba disembunyikan & dipalsukan oleh sebilangan penulis sejarah, keindahan kesatuan Umat Islam & kekuatan sebenar Umat Islam, mana mungkin Sultan Muhammad Al-Fateh & tentera2 Baginda dpt menaikkan 70 kapal menyusuri bukit yg begitu tinggi dlm masa 1 malam sahaja tanpa diampuh dgn kekuatan zikir seperti ini?

58 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Jom Dakwah Bersama Ulama

haq!

Lihat 6 balasan

Habib Muhd

Yeaah sanusi ade

7 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

3 balasan

Nasahaizal Nazli

Dalam solat ada pergerakkan , solat itu jugak zikir ada padanya .. Tak salah zikir nk ada pergerakan.. Nama pun tareqat , inilah tareqat.. Tpi kenapa pulak konsert artis kaberat yg menari2 ada pergerakan tak da pulak ada org pertikai.. Ini kan pulak majlis ulama lak banyak org yg masih memandang serong.

26 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Fathurrahim Rosdi

Seseorang yg asyik dgn Allah swt... Doanya antara Allah tiada hijab dan banyak rahsia yg Allah bukakan.... Org macam ni lah di takuti oleh org kafir kerana itulah mereka yg kafir akan melenakan org ini dgn dunia

43 · Sembunyikan · 9 Mei 2014

Rumah Terapi Zenterapi

41 tarekat tersebut adalah tarekat af'aliyah. Tarekat ini selalu guna baiat pada imam atau guru yang bersambung. 
Selain pada yang 41 tadi ada tarikat yang dinamakan tarekat akmaliyah. Tarekat in biasanya tanpa baiat. Baik yang akmaliyah mmaupun af'aliyah, keduanya bersambung pada Rasulullah. 
Benar kata che wann, para ahli thariqah dalam beramal tak peduli lagi soal pahala atau surga juga tak takut pada neraka. Yang mereka harap hanyalah ridha pemilik sorga dan neraka. 
Semoga kita selalu dalam gandengan tangan para guru, selalu bergandeng tangan sampai saat dipertemukan denga rasulullah untuk bersama menhadap allah.
Beribadah mengharap pahala, bagai aanak kecil yang lakukan satu perbuatan untuk dapat upah satu kembang gula....

31 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Yahya Kasbi Nur Addin

sebaik baiknya jln tarikat ini. ....berkesinabongan dgn ilmu hakikat dan makrifat.....

14 · Sembunyikan · 21 September 2014

Pendawa Lavender

Maaf ye...JAKIM adalah badan pemantau gerakan-gerakan Islam di Malaysia...ia tidak mewakili mana-mana gerakan sufi atau haraki secara khususiyyah...

Oleh sebab itu, JAKIM sangat memerlukan sumber-sumber yang begitu banyak dan terperinci serta kajian-kajian demi kelangsungan gerakan Islam di Malaysia...

Bukanlah menjadi niat pihak JAKIM untuk melontarkan sebarang pertuduhan tertentu kepada mana-mana gerakan Islam melainkan ada sumber-sumber yang diyakini boleh menggugat gerak kerja Islam baik secara zahir mahupun batin...

Malahan JAKIM sendiri kekurangan wakil-wakil gerakan Islam yang tertentu seperti wakil sufi dan haraki di peringkat penapisan gerak kerja Islam...

Maka yang demikian, menjadi harapan besar kita agar JAKIM dapat menyediakan tempat bagi wakil-wakil dari pelbagai cabang gerak kerja Islam di Malaysia agar mudah bermuzakarah dan teratur fatwa yang bakal diputuskan kelak bagi ketenteraman umat Islam seluruhnya.. 

13 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

2 balasan

Azhar Ahmad

Mudah2an di pelihara sekelian tarekat

9 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Nasahaizal Nazli

Terbaiikk.. Jgn malu untuk buat pergerakkan yg mcmnie... Pergerakkan yg menzahirkan kegembiraan dan kasih hanya kepada Allah S.W.T & Nabi Muhammad S.A.W

12 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Mardaim Hj Dol

Allahuma antamaqsudi waredho kamathlubi aktini muhabbat takawamak rifataq....

2 · Sembunyikan · 10 Mei 2014

Azeman Man

Adab berguru bertawasul rabitah dan wasilah

14 · Sembunyikan · 9 Mei 2014

Muhammad Afiq Iqbal

Tarekat yg muktabar itu suci dan bersih. Yg menyesatkan tarekat (yg muktabar) itu hanya manusia yg mencari selain drp Allah. Wallahu'alam...

7 · Sembunyikan · 11 Mei 2015

Muhammad Arizal Syafrizal

Ilahi anta maqsudi waridho ka matlubi.

22 · Sembunyikan · 9 Mei 2014

Yunan Natadilaga

Sebelum kalian mempelajari tarekat maka pelajarilah dulu syariat dan tauhid semaksimal mungkin. Karna pada dasarnya syariat dan tauhid akan menjadi benteng dan filter dari semua kesesatan. Tp jaman sekarang banyak oknum2 mengaku mursyid sbb yg berdampak sesat menyesatkan bagi orang awam. Utamakanlah syariat dan tauhid krn kita bukan sahabat, tabi'in dan muttabi'in seperti yg dijlaskan admin. Kita hrus sadar hanyalah manusia yg mengharap ridhoNya dan Syafaatnya, biar org menganggap kita sbg pelaku syariat hanyalah pencari surga dan takut nerakaa dll. Naudzubillah.#BelajarSyariat.

6 · Sembunyikan · 2 November 2015

1 balasan

Iwan Nambun

Ini adalah tariqat jalaluddin rumi..tariqatul rummiah...seorang sufi handal dari turki...
No.15.
Bagus...alhamdulillah...sdh banyak yg pengen tau apa itu tariqat 
Tariqat adalah suatu perjalanan spiritual utk menuju haqiqatnya Allah swt...stelah ke haqiqat baru mencapai ma'rifatullah..setelah itu insyaallah mndapatkn mahabbahnya allah..hingga Ridhallah....aaamiin...

5 · Sembunyikan · 2 November 2015

Arif Abu Ahmad

41 Thariqah Mu'tabarah (punya silsilah sampai kpd Rasulullah SAW), diakui&dilindungi di Indonesia oleh paham Aswaja (ormas NU), oganisasi sayap NU yg bernama JATMAN (Jam'iyah Ahli Thariqah Mu'tabarah Annahdliyah)

3 · Sembunyikan · 3 November 2015

Wan Mokhtar

Nak thu tareqat tu apa????bai ah dulu..buat solat istiqarah...minta allah temukan seorag guru murshid...

2 · Sembunyikan · 2 November 2015

2 balasan

Qayyum Yzels

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka 
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada 
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah 

Kau menguasai selautan 
Yang tersembunyi di genggaman 
Nafi dan isbat kau sandingkan 
Sebagai tali pegangan 

Sufi kau hilang di pandangan 
Ada di dalam kenikmatan 
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah 
Andai tertutup tirai sufi 
Yang terang tidak nampak terang 
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan 

Inginku tempuh titianmu 
Dari kekasih ke kekasih 
Pengabdianku bersamamu kasih 
Biar rebah di hina kau tak berubah

2 · Sembunyikan · 2 November 2015

Sang Fakir

Kita bukan dia (Allah), tapi kita tidak lain Dari nya (Allah)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar