Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan 4 hari lagi,
maka sebagai umat Islam marilah kita mengambil langkah berikut:
Pertama:
Membuat persediaan dari sudut ilmu.
Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa,
syarat-syarat sah
dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan
seperti membaca al-Quran,
adab-adab beriktikaf dalam masjid,
qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah.
Pemahaman yang jelas tentang puasa
akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.
Kedua:
Mulai sekarang
kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani
untuk menghadapi suasana Ramadhan
yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah
dan membentuk akhlak yang mulia.
Ketiga:
Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan
bagi memastikan tahap kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah
dengan sempurna.
Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat,
makan secara sederhana,
persekitaran rumah yang bersih
dan tidur yang cukup.
Keempat:
Kita perlu berjimat cermat
dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat
dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.
Kelima:
Ibu bapa bertanggungjawab membimbing
dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti
serta mewujudkan suasana keimanan
seperti berjemaah solat fardu
dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.
Insyallah..
semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan di bulan musim ibadah
yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa.
Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan.
Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.
Bagi pihak SATCM pula,
pihak kami telah menyediakan beberapa program2 yang telah di susun
sepanjang ramadhan 1437h ini di antaranya seperti
program kuliah selepas solat sunat terawih masih diteruskan sepanjang Ramadhan
(Keutamaan dalam menuntut ilmu masih diteruskan di SATCM
dan ilmu adalah perkara mulia
yang hendaknya menjadi perhatian setiap muslim,
perkara yang harus diutamakan).
Karena ilmu itu lebih didahulukan dari perkataan dan perbuatan.
Telah dibuka juga bagi program
infaq moreh,
infaq bubur lambok dan
infaq untuk fakir miskin & Asnaf (
bantuan diberikan untuk meringankan beban golongan ini
menyambut hari lebaran).
Bagi orang ramai
yang ingin menghulurkan sumbangan dalam program2 infaq
sepanjang ramadhan ini,
sila berhubung dengan ajk2 SATCM yang dilantik.
Semoga Allah swt membalas dengan kebaikkan
dan menerima setiap amal jariah yang dihulurkan kepada kami.
semoga amal ibadah kita diterima.
insyaallah.. marilah bersemangat melipat gandakan amalan di bulan Ramadhan ini agar puasa kali ini berbuah taqwa pd diri.
aamiin..

Tidak ada komentar:
Posting Komentar