Hazrat Shaykh Muhammad Mehmet Adil
November 2016/11 Safar 1438
Sabah Namaz, Akbaba Dargah
THERE IS FINESSE IN TARIQA
KESANTUNAN
SERTA KEINDAHAN BERADAB
DALAM TARIQAH
Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh,
Auzu Billahi Minashaytanir Rajeem.
Bismillahir Rahmanir Raheem,
Wassalatu Wassalamu
ala Rasulina Muhammadin Sayyidul Awwalin wal Akhirin,
Madad Ya Rasulallah,
Madad Ya As’habi RasuLillah,
Madad Ya Mashayikhina,
Sheykh Abdullah Daghestani,
Sheykh Nazim al-Haqqani. Dastur.
Tariqatunas sohba, wal khayru fil jamiyya.
Tairqa adalah suatu perjalanan untuk membaiki adab.
Apa makna adab?
Adab adalah melaksanakan kerja
atau amalan dengan penuh keindahan.
Ahli tariqah mesti laksanakan amalan nya
lebih berkualiti daripada orang biasa.
Seorang sepatut melaksanakan semua amalan amalan dengan baik
Seorang harus lebih elok dalam pakaian nya dan dalam pergaulan nya.
Jika ingin berkhidmat pada seseorang
ia harus lebih dahulu memohon keizinan.
Ada orang berpendapat yang dia buat kerja yang baik
tetapi orang yang dia berkhidmat tidak suka.
Maka adalah
beradab jika anda memohon keizinan.
Tidak lah baik menabur wangi wangian di atas tikar sajadah
tanpa izin kerana orang itu boleh jadi ada alahan.
Justru anda membawa padah kepada nya.
Kehalusan dan keperihatinan amat penting.
Ada kehalusan atau kesenian dalam tariqa.
Kita harus bergegas lari dari kebodohan.
Ini hanya satu misalan suatu perumpamaan.
Kebelakangan ini kami dengar
ada orang demi kepentingan atau keinginannya berkata
“Shaykh Efendi yang kehendaki kita buat ini dan itu .”
Ini amat tidak baik.
Mereka membuat orang buat sesuatu kerja
yang mereka kehendaki
tanpa pengetahuan Shaykh Efendi.
Tidak penting
jika ia untuk kebaikan, kejahatan atau untuk kepentingan peribadi.
Yang penting
ia tidak boleh di lakukan.
Ini adab dalam tariqa.
Kita harus beradab.
Jika tidak
anda tidak akan mendapat apa apa manfaat.
Anda harus berfikir apa yang di katakan.
Kita harus mengambil Shaykh Mawlana Nazim (QS)
sebagai contoh yang baik.
Dia tidak suka menganiaya kan sesiapa.
Anda semua telah berbaiah dalam tariqah ini
maka
anda harus berwaspada adab ini.
Kita harus melatih ego kita.
Pelatihan Ego bukan hanya berdasar kepada ibadah.
Tiada makna nya
jika anda beribadah
tetapi anda biadab atau kesat bahasa bersama orang.
“Ad-din al-muamala.”
Agama adalah
untuk berinteraksi
baik dan beramah tamah dengan orang.
Kita harus bergaul dan berinteraksi dengan orang
dalam suasana yang mesra.
Moga Allah merahmati kita
dengan Kesantunan dan Keindahan beradab
Inshaallah.
.
Wa Minallah at-Tawfeeq. Al-Fatiha.
Hazrat Shaykh Muhammad Mehmet Adil
November 2016/11 Safar 1438
Sabah Namaz, Akbaba Dargah
http://depo.hakkani.org/…/20161111_Tarikatta_Incelik_Vardir…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar