Jumat, 18 November 2016

MENGENAL DIRI.

Wahai diri...

Kita bukan lumpur bumi ini. 
Bukan diciptakan dari air, api, angin, tanah. 
Asal kita bukan wadi madi mani manikam. 
Kita bukan benih 
yang menyerupakan lelaki atau perempuan, 
ragam warna kulit dan bangsa. 

Kita inilah 
Ahadun, Ahmad tanpa Mim.

Kita bukan berada di mana-mana, 

tetapi kita berada di dalam DIA.
Kita disekitari oleh DIA 

dan 
di dalam genggaman DIA. 

Ke mana pun kita bergerak, 

kita berserta dengan DIA 
dan 
dikuasai oleh DIA. 

Kita diliputi oleh DIA 

dan 
tidak berpisah dari DIA. 

Kita bersama DIA 

dan 
sewujud dengan DIA.

Selagi 

kita tidak menjadi DIA, 
kita tidak mungkin melihat DIA.
Hanya dengan 

menjadi DIA, 
maka 
kita dapat melihat DIA yang mutlak 
dan 
tidak menyerupai segala sesuatu 
kerana 
DIA bukan sesuatu. 

DIA adalah DIA 
Ahadun Ahad, 
tidak pernah berubah dari azali-Nya. 

Jika 

tidak mampu menjadi DIA, 
usahlah menjadi diri kita sendiri.

“Dan apabila 

hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) 
tentang AKU, 
maka 
katakanlah sesungguhnya AKU dekat.”

[Q.S. Al-Baqarah: 186]

DIA meliputi diri kita. 

Maka 
perlukah kaedah penafian dan fana itu? 
Sedangkan 
apa yang hendak dinafikan dan difanakan pun adalah 
wujud-Nya juga. 

Kita memerlukan DIA yang berdiri dengan sendiri, 
tanpa DIA tak mungkin kita ada. 

DIA teramat halus dan lembut, 
berseni dalam batin kita, 
hanya persangkaan hidup yang banyak dan beragam 
telah menampakkan perwatakan kita 
yang saling berbeda dari DIA. 

Kita adalah nafas 
yang keluar dari sebatang seruling bambu 
lalu 
menjadi warna-warni lagu dan irama kehidupan. 

Siapakah 
sang peniupnya yang bijaksana itu 
tidak diketahui? 
Namun 
demi nafas 
yang telah menzahirkan kita, 
tentunya kita bukan lain dari DIA. 

Hanya kita yang tidak sedar bahwa 
DIA adalah kita dan kita adalah DIA 
kerana 
selaput sutera wayang yang mentirai pandangan kita 
di pentas peri lakonan 
sedangkan 
DIA di balik tabir itu 
dalam asyik-Nya memerhatikan kita.....

Jadilah bekas 

bagi DIA
atau 

DIA sahaja
yang tidak ada sekutu 

bagiNya.

DIA tidak berserta dengan sesiapa
tidak ada bagaimana 

atau 
di mana-mana.

DIA adalah DIA yang dahulu dan sekarang
tidak ada ketika
tidak ada masa
tidak ada tempat
tidak ada penyaksian
tiada yang melihat DIA 

kecuali DIA

DIA sahaja yang mengenal DIA
tidak ada Nabi, Wali atau Malaikat 

yang mengenal DIA.

RasulNya adalah DIA sendiri
DIA mengutus DiriNya sendiri
kepada DiriNya sendiri
dengan DiriNya sendiri
tidak ada perwakilan 

kecuali 
DIA sendiri.

Kenabian, kerasulan dan kewalian pun adalah 

DIA sendiri

DIA bukan nama 
atau 
sesuatu yang dinamakan
tetapi 

NamaNya yang haqiqi adalah 
“DIA” juga

Tidak ada nama setelah NamaNya 

– DIA
tidak ada nama seluruh alam ini 

selain NamaNya – DIA.

DIA – Yang Awwal
DIA – Yang Akhir
DIA - Yang Zahir
DIA - Yang Bathin


Jika 

kamu bukan DIA
maka 

usahlah jadi diri kamu sendiri
kamu bukan diri kamu sebenarnya
maka 

kamu itu DIA
tidak ada kamu.


Justru itulah Nabi s.a.w. pernah bersabda;


“Sholatlah kamu kepada DIA Allah
seolah-olah kamu dapat melihatNya
jika 

kamu tidak melihatNya,
sesungguhnya 

DIA melihat kamu”
maka 

di sini apakah perlu “fana' 
dan
 “fana al-fana” itu?
padahal Nabi s.a.w. 

hanya menganjurkan sahaja;
“seolah-olah kamu dapat melihatNya
jika 

kamu tidak melihatNya,
sesungguhnya 

DIA melihat kamu.”

DIA 

tidak memerlukan kamu masuk ke dalam fana
atau 

fana di dalam fana
apa yang hendak difanakan
sedangkan kamu sendiri 

tidak berwujud?

Jika 

kamu sangka memfanakan itu perlu
bererti kamu mengakui 

sebelumnya fana
ada wujudmu 

yang hendak difanakan
ini bermakna 

kamu telah menghijabkan DIA.

DIA 

terlindung oleh sesuatu 
yang selainNya
kamu telah berburuk sangka 

selama ini
ada wujud lain dari DIA 

hingga DIA tidak kelihatan
ternyatalah 

fana atau fana al-fana itu
adalah perangkap besar
yang memerangkap kamu sendiri
di dalam penjara kegelapan syirik.


Ingatlah 

apa yang pernah disabdakan Nabi s.a.w.;

“barangsiapa yang mengenal dirinya,
kenallah akan DIA – Rabbul Izzati”
maka 

mengenal diri kamu itu
adalah 

sebenarnya mengenal DIA.

Baginda s.a.w. tidak pula mengatakan
bahwa 

barangsiapa yang memfanakan dirinya
akan mengenal Rabbnya
kerana 

Baginda s.a.w. amat menyedari
tiada yang wujud melainkan DIA
kamu belum lagi mengenal DIA
selagi kamu belum yakin

Sifat DIA adalah sifat kamu
Zat DIA adalah zat kamu
sebenarnya kamu itu adalah 

DIA
dan 

DIA adalah kamu, 
tidak ada kamu
jika 

kamu mengenal diri kamu sendiri.

Dengan cara makrifat seperti ini
maka 

kamu telah mengenal DIA – Rabbul Izzati.

Dengan sendirinya 

akan tersingkir
segala bentuk keakuanmu 

yang bukan haqiqi

Kamu tidak perlu bersusah-payah 

memfanakan diri
kerana 

fana dan fana al-fana itu 
merumuskan;
masuk ke dalam DIA 

atau 
timbul dari DIA.

Tidak ada konsep hulul dan penyatuan
kamu tidak wujud dan tidak akan ada wujud
sama ada dalam diri kamu sendiri atau DIA.


Jika tidak demikian, 

kamu tidaklah mengenal
siapa diri kamu 

dan 
siapa DIA

HU...........

Yang kaulihat di dalam cermin itu 

bukan AKU, 
tetapi 
itulah RuhKU. 

Jangan kaukatakan bahwa 
ketika kau melihat RuhKu, 
kau telah melihat AKU 
dan 
sekaligus mengenal AKU. 

Sebenarnya 
kau telahpun terpedaya 
dengan persangkaanmu sendiri, 
kau tidak boleh melihat AKU 
dan 
bukan kau yang mengenal AKU. 

Yang melihat AKU itu adalah AKU, 
yang mengenal AKU itu adalah AKU juga. 

Tidak ada aku-KU atau aku-MU, 
itu hanyalah ceritamu sahaja. 

AKU adalah AKU, 
tidak ada selain AKU, 

AKU Yang Awwal, 
AKU juga Yang Akhir. 
AKU Yang Zahir 
dan 
AKU jua Yang Bathin...

Berhati-hatilah 

tentang ucapan dua kalimah syahadahmu 
“Asyhadu – Wa asyhadu”. 

Pastikan di situ 
dalam penyaksian kau 
tidak menduakan AKU. 

Pastikan di situ 
tidak ada wujudmu. 

Pastikan di situ 
ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH itu 
bukan dua wujud yang berlainan dan berasingan. 

Rasul itu adalah dari AKU juga 
yang KU utuskan untuk menyatakan AKU. 

Tanggalkan huruf MIM awal, 
barulah tampak dalam Haqiqat Muhammad itulah 
HAMID. FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID 
– SESUNGGUHNYA 
DI DALAM ALAM INILAH 
YANG MAHA TERPUJI LAGI MAHA MULIA. 

Seluruh WujudKU 
terkandung di dalam MUHAMMAD RASULULLAH.

Di peringkat kau melihat RuhKU, 

kau baru saja melepasi samudera 30 ribu hijab. 

Antara RuhKU dengan AKU 
masih terbatas 40 ribu hijab lagi, 
kesemuanya 70 ribu hijab. 

AKU menzahirkan RuhKU itu 
agar kau dapat menghadap kepada AKU 
ke mana sahaja kau berpaling. 

Ingatlah 
RuhKU itu bukan AKU, 
itulah hanyalah BAYANGANKU. 

Usahlah kau mendakwa 
telah mengenal dirimu 
lalu mengenal AKU 
ketika kau melihat RuhKU. 

Tidak ada dirimu sendiri. 
Kau sekadar bayangan ombak dari sebuah lautan. 
Hadirnya kau hanya bersandar pada NAMAKU sahaja. 

Bagaimanakah kau hendak mengenal dirimu 
sedangkan dirimu sendiri sebenarnya tiada, 
apatah lagi hendak mengenal AKU? 

KUciptakan dirimu 
demi untuk menyatakan AKU sahaja, 
bukan menyatakan wujudmu. 

Jika kau katakan kau 
telah mengenal dirimu, 
itu cuma persangkaanmu 
yang kau ada-adakan 
di dalam khayalan ceritamu sendiri. 

Tidak ada ceritamu 
kecuali 
ceritaKU tentang DIRIKU 

ANA AL-HAQQ! 

Justeru itu
 ‘Mengenal DIRI’ adalah ‘Mengenal AKU’.

Yang Ujud hanya ada satu AKU sahaja. 

Tidak ada aku yang lain. 
Malah 
AKU bukan Cahaya. 
AKU bukan Ruh. 

Cahaya, Ruh, Rahsia, Qalbu dan Jasad 
walaupun dari AKU 
tetapi 
bukan AKU yang sejati. 

Semua itu adalah manifestasi AKU 
untuk menampakkan UjudKu. 

Semua itu adalah tabirKu 
di antara gelap dan terang 
selaksa tujuhpuluhribu tabir, 
termasuklah ibu-bapa 
yang melahirkan keturunannya 
juga adalah tabirKu. 

Semua tabirKu itu 
pada hakikatnya adalah 
kosong, bathil dan persangkaan. 

Semua tabirKu itu adalah 
Mi’ratul Hayat (Cermin Hidup) 
yang di dalamnya adalah 
gambaran air sungai kehidupan 
yang berwarna kegelapan.

Yang melihat AKU adalah AKU. 
Yang mengenal AKU adalah AKU. 
Yang mengingati AKU adalah AKU. 
Yang memuji AKU adalah AKU. 
Yang beribadah itu pun AKU.

AKU adalah 

Al-Haq yang meliputi ciptaanKu dengan QudratKu. 

Sebelum AKU ingin dikenali 
AKU adalah 
suatu perbendaharaan yang tersembunyi 
dan 
batin dalam DzatKu Yang Mutlak. 

AKU adalah 
kenyataan BatinKu iaitu 
HUWA (DIA Dzat) 
yang bersemadi 
dalam Ghuyub al-Ghuyub (Ghaib lagi Ghaib tidak diketahui). 

AKU adalah Yang Tunggal dan Hidup. 

HidupKu itu Maha Kaya 
dengan tujuh Sifat Maani 
tetapi Esa dalam WahdatKu 
– Ghaib al Ghuyub
 (SifatKu telah nyata 
tetapi ghaib dalam BatinKu). 

AKU bukan Cahaya 
tetapi Cahaya ada pada WahdahniyahKu 
– Ghaib al Ghaib
 (Namaku telah nyata
 tetapi semua hakikat benda 
masih tersembunyi dalam NamaKu). 

AKU 

ibarat minyak yang tersembunyi dan terahsia 
dalam relung Pelita. 
Pelita itu adalah 
Alif yang menyatakan UjudKu. 
Tiada yang Ujud selain AKU. 

Pelita 
yang menzahirkan 
Cahaya Yang Terpuji (MUMAMMAD). 

Cahaya Yang Terpuji 
tersebar melalui Kaca yang terang-gemilang 
dan
itulah RuhKu. 

RuhKu tampak pada Diri Terdiri, 
Diri Terperi dan Diri Tajalli 
seumpama teguhnya Pohon Khuldi 
yang menumbuhkan Buah Terlarang.

Untuk mengenal Diri yang sebenar Diri 

itulah AKU yang ada dalam Misykat Sufi. 

AKU 
bukan Cahaya, 
bukan Ruh, 
bukan Qalbu, 
bukan Jasad. 

AKU adalah 
Haqiqat segala makhluqat. 

AKU adalah Engkau 
dan 
Engkau adalah AKU, 
tetapi 
Engkau bukanlah Engkau sendiri. 

Engkau adalah 
kosong dan batil 
yang bernama Manusia!

Awal agama mengenal ALLAH. 

Akhir agama mengenal AKU.

Shahibul Karib
Hakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar