UCAPAN
DARI SULTAN SHEIKH MEHMET AN NAQSYABANDIAR RABBANI
BERKENAAN PERLANTIKAN DONALD TRUMP
SEBAGAI PRESIDENT AMERIKA
Asalamun alaikum wa rahmatullah wa barakatuh
Ya ayyuhal muminun, Wahai mu’minun,
Hari ini ramai orang lupa akan kepercayaan mereka.
Bila anda lupa kepercayaan anda, anda akan menjadi takut.
Dunia ini ada Pencipta nya.
Hanya satu pencinta yang Esa dan Dia adalah Allah ﷻ.
Dialah Pencipta
dan dia menghantar seorang dan meletak seorang
di mana dan pada masa yang dia kehendaki.
Pada masa kini,
ramai orang menjadi takut,
sedih dan gelisah kecemasan
kerana seorang makluk Allah menjadi President.
Apa itu ‘nikmata’.
Jika anda seorang mu’min
anda mesti ketahui,
bahwa
anda tidak harus jadi khuathir.
Jika anda di landa dengan perperangan
anda jangan takut dan gementar.
Sekarang hanya seorang sahaja
yang di lantik semua orang gementar.
Apa dah jadi?
Mana kepercayaan yang kukuh kita.
Menurut Firman Allah dalam Surah Al-Baqara
وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu
dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah),
Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)
Ini inilah hakikat nya.
Peristiwa Hussen telah memberi pengajaran pada kita.
Dahulu orang sanjung Dia,
kerana Dia seorang berketurunan Muslim,
tetapi pada saat saat terakhir
Dia membawa musibah ke timur negara.
Berjuta nyawa terkorban.
Sekarang
orang takut ada seorang yang anti Islam telah di lantik.
Jangan takut dengan kedatangan nya,
tetapi takut HANYA kepada Allahﷻ .
Dia Allah adalah Pencipta kita
dan Dia akan melindungi dan selamatkan kita
dari kejahatan dan ancaman orang.
Letaklah kepercayaan anda hanya kepada Allah ﷻ.
Dia hanya seorang hamba Allah seperti anda.
Dia tidak mempunyai sepuluh kaki,
dia ada dua pasang kaki seperti anda.
Dan
apa yang dia akan buat tertakluk kepada kehendak Allah ﷻ.
Allah Maha Bijaksana.
Kita harus gembira dengan pemberian Allah.
Jangan takut dengan sesiapa pun.
Inilah hakikat yang seorang mu’ min
mesti berpegang teguh dengan keberanian.
Rasulullah ﷺ bersabda dengan maksud nya,
“jika anda tidak takut pada Allah
maka
anda akan takut dengan semua perkara.
Jika anda takut dengan Allah
maka
anda tidak takut dengan semua perkara.”
Inilah ucapan yang ringkas
Asalamun alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.
Asalamun alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.
SULTAN SHEIKH MEHMET
AN NAQSYABANDI AR RABBANI
AN NAQSYABANDI AR RABBANI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar